in

Pemilik Rumah Nyaris Ke Tali Gantung Gara-gara Penyewa ‘Hantu’, Ini Kisahnya…

Pemilik Terlepas Tali Gantung

Hari ini, ramai lagi yang kurang faham dan tersalah anggap tentang proses sewa beli terutamanya berkaitan dengan rumah. Banyak situasi berlaku yang mana kononnya sesetengah tuan rumah hanya memberikan sewa kepada pekerja sektor kerajaan dan lain-lain.

Selain itu, ada juga yang katanya mengeluh kerana terlalu banyak proses dan dokumen diperlukan sedangkan mereka hanya ingin menyewa dan bukannya membeli rumah tersebut.

Namun, perlu korang ketahui sekiranya ada apa-apa yang berlaku contohnya salah laku jenayah yang melibatkan penyewa dan ianya dilakukan di rumah sewa berkenaan, semua yang tinggal disitu termasuklah pemilik akan terkait.

Pemilik sewa rumah

Menurut perkongsian @Nizam_panglima_hartanah di TikTok, salah seorang pemilik rumah sewa terlepas hukuman gantung kerana mempunyai dokumen perjanjian sewa rumah.

“Kisah benar, pemilik terlepas ke tali gantung kerana danya dokumen ini” 

@nizam_panglima_hartanahKisah kejadian sebenar. Pentingnya dokumen ini pada pemilik rumah demi menjaga kepentingan pemilik.♬ original sound – Nizam_Panglima_Hartanah

Menerusi video yang dikongsikan di platform tersebut, keadaan rumah sewa tersebut kelihatan agak terbiar selain kosong dengan sampah, kotak dan meja dan kabinet dapur yang telah rosak dan pada awalnya ramai yang tertanya kesalahan apa yang dilakukan pemilik sampai perlu berdepan dengan hukuman gantung.

Menerusi ruangan komen dan video susulan, Nizam menjelaskan pemilik rumah tersebut terlepas hukuman gantung kerana rumah tersebut telah diserbu pihak polis selepas sebulan disewakan dan didapati ia dijadikan tempat untuk memproses dadah.

@nizam_panglima_hartanahPenjelasan kes sebenar, bagaimana owner terlepas ke tali gantung♬ original sound – Nizam_Panglima_Hartanah

Menurutnya, pemilik terlepas dari tuduhan ‘bersubahat’ disebabkan perjanjian sewa yang telah dimatikan setem. Tambahnya lagi, dokumen perjanjian tersebut telah membuktikan bahawa owner rumah tidak terlibat langsung dalam kes tersebut.

Tambahnya lagi, itulah pentingnya dokumen perjanjian sewa rumah yang telah dimatikan dengan setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana biasanya, dokumen perjanjian ini akan menyatakan dengan jelas siapa penyewa, untuk tujuan apa sewaan dan lain-lain.

penyewa ke tali gantung

Dalam masa yang sama, ramai turut bersetuju dengan nasihat yang diberikan selain ada pengguna TikTok lain yang menjelaskan bahawa kenalannya pernah terkait dengan kes yang sama, tetapi gara-gara tidak mempunyai dokumen, terpaksalah dipenjarakan.

Owner rumah, atau penyewa kat luar sana, beringatlah… jangan sesekali ‘sewa kosong’….

Baca : Persis Di Hong Kong, Iklan Bilik Sewa Ini Curi Tumpuan Warganet Kerana Terlalu Sempit

cover 19

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok