in

Pemilik Restoran Di London Puji TokTi Bantu Promosi Kedai Tanpa Minta Free & Diskaun

ft pemilik resotan UK puji TokTi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi) di Instagram, pasti anda tahu yang TokTi sekarang ini sedang bercuti di United Kingdom.

Dapat dilihat beliau meluangkan masa bersama keluarga tersayang dengan membeli belah dan menonton konsert penyanyi Adele serta menikmati hidangan Melayu di sebuah restoran hidangan Melayu yang diusahakan oleh wanita dari Malaysia yang dikenali sebagai Halia UK.


 

“Tak minta diskaun pun”

Pastinya ia menjadi satu kesenangan buat pemilik restoran, Noor Amy Ismail apabila pelanggan yang dianggap ‘bukan calang-calang’ orang menikmati hidangan di restorannya itu. Selain identiti dan personaliti sebagai penyanyi tersohor, Noor Amy turut memuji sikap rendah diri TokTi yang tidak ambil kesempatan menggunakan pengaruh dirinya.

“Dia Siti Nurhaliza kot, seorang legenda dengan hampir 9 juta pengikut di Instagram selain penyanyi yang diiktiraf di peringkat global..”

“Dengan pengaruh sebegini, dia sangat acuh tak acuh mengenainya dan hanya menyerahkan telefonnya kepada saya dan @ej_adam.” Nah tag nama dan jenama.” Waaaa..Dia pun promosikan bisnes kami di IG storynya serta merta.”

Screenshot 2022 07 07 123839

“Dia juga membayar makanannya sendiri, Tak minta free, tak minta diskaun pun. Tingkah laku yang ada kelas.”

https://www.instagram.com/p/CfhJ8hzM2iN/?utm_source=ig_embed&ig_rid=350ca3b4-9ca1-44ac-9523-f2de59981477

Sebagai peniaga, Amy menzahirkan rasa bersyukur apabila dia diberikan ruang promosi percuma yang diberikan oleh orang yang berpengaruh seperti TokTi.

“Ia amat bermakna kepada kami kerana kami mempunyai dana yang sangat terhad. Kami amat berterima kasih. Rezeki tak pernah salah alamat. Terima kasih banyak @ctdk teruskan meningkatkan prestasi dan terus memberi inspirasi kepada kami.”

“Kami menyokong anda dan semoga Allah memberi ganjaran yang bnanyak kepada anda kerana membantu perniagaan kecil.”

Dalam pada itu, TokTi juga ada membalas komen dengan memuji kualiti makanan restoran tersebut yang begitu enak dan menyatakan bahawa pasti akan datang kembali.

Baca : “Bersyukur diberi penghormatan” – Wajah Tokti Terpampang di ‘Billboard’ New York Times Square

TOKTI MASUK BILLBOARD NY

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.