in

Pemilik ‘Barber Shop’ Akui Rasa Tertekan Akibat PKP, Sampai Ada Yang Pinjam Ah Long

Barbershop2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau waktu PKP ni kita jadi kusut bila tengok rambut panjang dan susah nak diurus, tapi kusut lagi pemikiran pemilik kedai Barber Shop yang terpaksa tanggung sejak dari PKP 1 tahun lepas.


Menerusi Sinar Harian, lebih 700 belia yang mengusakan kedai gunting rambut yang berkonsepkan hipster itu sedang menghadapi cabaran getir ini, lebih perit lagi, ada yang terjebak dengan pinjaman Ah Long.

 

Harap dapat beroperasi secara berskala

Joes Barbershop

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh  Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera, T N Winda Mohd Tahir yang menganggarkan 70 peratus daripada keseluruhan 1,000 ahli persatuannya terjejas teruk sumber pendapatan kerana tidak dibenarkan beroperasi oleh kerajaan.

Jelasnya lagi, ramai usahawan muda yang terlibat dalam bidang ini tergolong dari lingkungan umur antara 25 hingga 40 tahun. Katanya, sejak total lockdown dilaksanakan dan bersambung lepas 28 Jun, kebanyakan daripada mereka dah makin tersepit.

“Berdasarkan situasi semasa, 30 peratus ahli kami yang merupakan pemilik kedai gunting rambut sudah merancang untuk mengubah model perniagaan memandangkan mereka masih perlu menanggung kos sewa premis kedai bulanan serta gaji pekerja.”

“Lebih memilukan, ramai dalam kalangan kami yang sudah meminjam ah long dan terpaksa dibantu ahli-ahli persatuan untuk menyelesaikan hutang mereka.”

“Hal ini disebabkan mereka sudah tiada kemampuan kewangan untuk membayar kos operasi kedai, pinjaman perniagaan, ansuran bulanan kenderaan serta rumah.”

Untuk rekod, perkhidmatan gunting rambut tidka tergolong dalam essential dan merupakan perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi sejak total lockdown dibuat pada 1 Jun lepas.

12182011 Huuk

Disebabkan itu, T N Wandi berharap kerajaan dapat membenarkan kembali kedai gunting rambut beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang sangat ketat, biarpun PKP dalam masa terdekat.

“Kerajaan kena ada usaha mengkaji semula SOP bagi perkhidmatan gunting rambut agar ia kembali dibenarkan beroperasi pada tempoh PKP. Ini kerana khidmat gunting rambut adalah keperluan rakyat Malaysia bagi memastikan penampilan mereka lebih kemas dan bersih.

“Mungkin kerajaan boleh membenarkan premis beroperasi secara berkala, contohnya tiga hari seminggu dengan syarat SOP ketat,” katanya.

 

Baca : “Baru je 2 hari buka” – Pekerja Barbershop Di Setapak Suspek Positif Covid-19

Barbershop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.