Dua pertuduhan dijangka akan dikenakan terhadap pemandu wanita yang mengakibatkan kematian seorang anggota tentera dalam satu kemalangan pada Sabtu lepas.
- Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian
- Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan
Menurut Harian Metro, wanita berusia 23 tahun itu dijangka berdepan lima pertuduhan termasuk:
- memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian
- tidak memiliki lesen memandu
- penyalahgunaan dadah
Wanita itu dilihat tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru jam 8.40 pagi tadi memakai jaket hitam dan disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring memasuki Mahkamah Majistret.
Pada Sabtu lepas, sebuah rakaman dashcam tular menunjukkan kereta Myvi berwarna putih dipandu wanita berkenaan melanggar dua buah kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1314846212227395585
Kemalangan itu menyebabkan salah seorang pemandu yang dilanggar meninggal dunia. Mohd Rizal Buseri, 31, yang juga merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Baca: Dahsyat! Myvi Rempuh Honda di Persimpangan Jalan, Pemandu Honda Maut Di Tempat Kejadian