Cabul Pemandu Perkhidmatan E-hailing Wanita, Dua Lelaki Nepal Lunyai Dikerjakan Orang Awam

Gara-gara mabuk dan miang, dua lelaki Nepal teruk ‘dibalun’ orang ramai selepas didakwa mencabul seorang pemandu perkhidmatan e-hailing wanita.

Kejadian dikatakan berlaku di hadapan Masjid Lebai Hashim Bukit Minyak, Pulau Pinang kira-kira 5.30 petang semalam.

 

Berani buat, berani tanggung!

Media melaporkan, dua lelaki berusia 23 dan 29 tahun itu menggunakan sebuah perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah sewa mereka di Taman Juru.

Pemandu wanita berkenaan kemudian mengambil kedua-dua suspek yang ketika itu dipercayai dalam keadaan mabuk, dan meminta mereka duduk di bahagian penumpang belakang.

Difahamkan, sewaktu perjalanan — salah seorang suspek bertindak melangkah untuk duduk di bahagian hadapan.

Mangsa dikatakan cuba menghalang kelakuan suspek namun tidak berjaya.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa kemudian memberhentikan keretanya dan meminta suspek duduk semula di bahagian belakang.

Tapi dah namanya pun mabuk dan tak sedar diri, lelaki berkenaan kemudian mula bertindak biadap dengan memegang dan mencium tangan mangsa.

Tak cukup dengan itu, suspek turut menarik badan dan mencabul kehormatan pemandu wanita itu.

Mangsa cuba menghalang tindakan itu dan memberi amaran untuk menghantar mereka ke balai polis berhampiran — namun suspek masih berdegil dan tidak mengendahkan amaran itu sebelum bertindak agresif dengan memeluk mangsa.

Berang dan tidak tahan dengan kelakuan jelik suspek, mangsa nekad memberhentikan kenderaannya di Jalan Bukit Minyak dan meluru mendapatkan pertolongan orang awam.

 

Kan dah mendapat!

Kalau dah sekali dua kita beri amaran masih tak makan saman, maka memang wajarlah dua lelaki asing ni diberi habuan selayaknya kan — diri sendiri yang cari penyakit!

Orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian, bertindak memukul kedua-dua lelaki berkenaan secara berjemaah sehingga cedera di muka — sebelum memanggil pihak berkuasa.

Sebenarnya bukan sekali dua kejadian pemandu wanita tempatan dicabul atau diganggu pendatang asing yang datang ke negara ni.

Nak cari rezeki, buat cara nak cari rezeki. Kenalah beradab dan hormat budaya tempatan — dari elok-elok dapat balik berehat kat rumah, kan dah kena bermalam dalam lokap.

 

Baca: “Bawa RM5 sebab taknak kena pau dengan polis” – Netizen Dakwa Polis Malaysia Buat Kerja Kotor, Giat Peras Ugut Warga Asing

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.