in

Pemandu Bas Dirakam Membahayakan Nyawa Penumpang, Merokok Sambil Balas Mesej Ketika Memandu Laju

A 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Bas Dirakam Membahayakan Nyawa Penumpang, Merokok Sambil Balas Mesej Ketika Memandu Laju
Loading
/

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan bas yang menyebabkan 14 maut termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera. Menurut polis, kenderaan itu bergerak pada kelajuan yang tinggi semasa kemalangan itu berlaku dan pemandu bas itu yang hanya tidur selama 3 jam sahaja sebelum perjalanan.


Pernahkah anda terfikir apakah antara penyebab kemalangan sebegini berlaku? Seorang pengguna Facebook baru-baru ini kongsi kisah tentang seorang pemandu bas yang mendatangkan bahaya kepada semua penumpang.

Menurut Firdaus Wong Wai Hung, beliau berada di dalam bas Mayang Sari dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Muar.

Bas3
sumber: facebook

Status yang dimuat naik oleh Firdaus itu disertakan dengan gambar dan dua video yang menunjukkan pemandu itu melanggar etika dan boleh mendatangkan bahaya.

“Barangkali ini antara sebab kemalangan jalanraya berlaku. Merokok, membaca mesej dan membalas mesej ketika memandu.” kata Firdaus

Pemandu bas itu dirakam sedang memandu agak laju sambil bermain dengan telefon bimbit dan merokok. Di dalam video yang pertama, beliau dilihat memandu dengan kedua-dua tangan memegang stereng sambil memegang telefon bimbit dan membalas mesej.

G3

Bas tersebut dipandu agak laju dan tindakan pemandu itu sememangnya mengundang bahaya. Dengan keadaan bas yang menggunakan gear manual, kedua-dua tangan diperlukan untuk pemanduan tetapi pemandu bas ini selamba bermain telefon ketika bas sedang bergerak. At least tunggu lah time traffic light merah ke kan…

Di dalam video yang kedua pula, pemandu itu dirakam sedang merokok sambil membaca mesej. Bayangkan, sebelah tangan memegang rokok dan bermain telefon, sebelah lagi perlu memegang stereng dan menukar gear. Tak ke bahaya tu? 

Meskipun tangan kanannya digunakan untuk memegang rokok tersebut, ia tidak menghalang beliau untuk terus bermain dengan telefon bimbitnya, malah ianya diletakkan di bahagian paha sebelah kanan pula!

G1

G2

Menurut Firdaus, meskipun tidak semua pemandu bersikap begini namun etika yang ditunjukkan pemandu itu boleh merosakkan imej kesemua pemandu bas di seluruh negara.

“Tidak semua pemandu begini maka jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.” katanya

Tapi rasanya ramai juga pemandu macam ni kan? Mungkin ramai pernah menjadi saksi sikap pemandu yang sebegini namun tiada tindakan yang dilakukan. Hanya sekadar melihat dan menggeleng kepala. Walhal, penumpang digalakkan membuat aduan kepada pihak syarikat bas tentang cara pemanduan. Begitu juga yang dilakukan oleh Firdaus.

Main

Ramai yang menghentam beliau kerana menurut mereka tindakan beliau merakam video tersebut membuka aib dan menutup periuk nasi (rezeki) pemandu itu. Namun, menurut Firdaus aduan telah dibuat kepada pihak syarikat. Memang betul pun tindakan yang dia buat..

“Ramai yang komen kenapa tak tegur terus? Anda berada di tempat kejadian dan dari mana anda tahu tiada yang menegur?” komen Firdaus.

Aduan

Firdaus turut memberitahu netizen bahawa bukanlah niatnya untuk membuka aib atau menyekat rezeki pemandu itu. Sebaliknya, beliau mempersoalkan tanggungjawab yang digalas pemandu tersebut.

“Nak lingkup kan periuk nasi orang. Bahayakan nyawa manusia pula bagaimana? Lingkup tak lingkup tiada siapa yang tahu tetapi apakah alasan untuk mempertaruhkan nyawa penumpang? komen Firdaus.

Pihak SPAD juga telah memberi maklum balas kepada Firdaus. Laporan telah dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan berhubung isu ini.

Menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk meneliti rakaman video yang dimuat naik oleh Firdaus itu.

“Kita memandang serius perkara ini dan siasatan lanjut akan dilakukan sebelum membuka kertas siasatan,” katanya.

S1 1
sumber: facebook
S2 1
Sumber: facebook

Apa alasan pemandu itu mendatangkan bahaya kepada semua penumpang? Di mana tanggungjawab beliau yang seharusnya memandu dengan berhemah sehingga sampai ke destinasi. Banyak nyawa yang dibawa, jika terjadi apa apa pihak syarikat juga dipersalahkan.

Jadikanlah peristiwa kemalangan bas yang pernah berlaku sebelum ini sebagai pengajaran. Jika anda ternampak pemandu berbuat sebegini, tegurlah mereka dan terus buat aduan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.