Sekali lagi, kita digemparkan dengan berita yang amat mendukacitakan mengenai negara seberang, Indonesia tehadap bencana alam tsunami susulan letusan gunung berapi, tanpa amaran melanda kawasan pantai pelancongan dan perairan di Selat Sunda semalam.
Menerusi laporan terkini Harian Metro, sebanyak 168 angka kematian disahkan oleh Agensi bencana Indonesia.
Dalam pada itu, antara mangsa bencana ini merupakan band Seventeen. Video sewaktu mereka ingin membuat persembahan sebelum dibadai ombak kini sedang tular di media sosial.
Isteri vokalis dan segelintir ahli masih belum ditemui, pengurus & pemain bass maut
https://www.instagram.com/p/BrtX9T6Bjc3/
Menerusi video yang dimuat naik oleh Riefan Fajarsyah atau Ifan di Instagram peribadinya, vokalis kumpulan Indonesia yang terkenal menerusi lagu Selalu Mengalah ini telah memaklumkan bahawa pemain bass, Muhammad Awal Purbani atau Bani disahkan maut bersama pengurus, Oki Wijaya, manakala tiga lagi termasuk isteri vokalis band itu masih hilang.
“Andi, Herman, dan Ujang belum diketemukan, minta doanya untuk isteri saya belum diketemukan”
Selain itu, video yang memaparkan detik terakhir kumpulan itu di ‘hempas’ ombak ketika sedang mengadakan persembahan itu kini kecoh di media sosial.
Video kejadian
Menerusi Harian Metro, Kumpulan Seventeen dilaporkan hadir untuk memenuhi jemputan dalam majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.
Dalam video itu, Ifan yang sedang menyampaikan sebuah lagu sebelum ombak tsunami datang dari bahagian belakang pentas.
Kita doakan semuanya baik-baik sahaja, dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang maut dilokasi kejadian.