in

“Pelik-pelik je”- Guna Botol Susu Ganti Cawan, Trend Baru di Kafe Ini Cetus Kontroversi

Feature 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai strategi perlu dilakukan oleh usahawan untuk menarik minat pelanggan untuk beli produk mereka. Bukan senang nak jadi businessman ni, kena selalu fikir idea-idea kreatif untuk capai target sales. 


Namun, cara yang digunakan oleh kafe ni untuk tarik pelanggan memang di luar kotak dan jarang dibuat orang. Kafe Einstein iaitu rantaian kafe popular di beberapa negara timur tengah ini dikatakan telah menggunakan botol susu baby untuk menggantikan cawan dan gelas biasa, lapor Oddity Central.

Baby bottle craze sweeps Gulf Arab states, sparks backlashCafes across several Gulf Arab states have begun selling…

Posted by New News Page on Twitter on Wednesday, March 17, 2021

Kafe ini mempunyai banyak cawangan di Kuwait, Bahrain dan United Arab Emirates (UAE). Gambar-gambar minuman dalam botol susu bayi mula tular di media sosial menggantikan cawan kertas yang selalu digunakan.

Menurut pengurusan kafe tersebut, ramai pelanggan mahu mencuba minuman dalam botol baru dan ada yang sanggup book meja di kafe sebab takut tak sempat nak cuba trend baru tu.

Ramai yang berminat nak beli dan pelanggan mula menelefon kami dan memberitahu mereka mahu datang bersama rakan dan keluarga,” kata Younes Molla, CEO francais Einstein di UAE kepada AP.

Ada pelanggan yang mengatakan trend terbabit menggamit memori zaman kanak-kanak mereka. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk try minuman yang disediakan dalam botol susu terbabit. Selain tu, ada juga yang bawa sendiri botol ke kafe lain dan meminta staf kafe untuk mengisi minuman yang dipesan ke dalam botol.

Difahamkan, ramai yang join trend ni sebab botol susu ni dapat dijadikan prop untuk gambar Instagram dan video TikTok. Namun, trend ini juga telah mencetuskan kontroversi sebab tidak kurang ramai juga yang mengecam.

Ia dikatakan seperti menyebarkan aib dan tidak sepatutnya dilakukan. Jadi, pihak berkuasa di Dubai telah menyerbu kafe-kafe yang menghidangkan minuman dalam botol susu bayi manakala di Kuwait pula, kafe berkaitan telah ditutup.

Di Bahrain dan Oman, pemilik kafe juga telah diberi amaran sebab trend ini telah melanggar tradisi dan adat tempatan. Selain itu, kerajaan UAE juga mengeluarkan kenyataan yang berbunyi,

Jika tidak dikendalikan dengan betul, penggunaan botol susu ini boleh menyebabkan penyebaran COVID-19,”

Jadi, trend ni tak dapat bertahan lama pun di negara-negara tu. Katakan lah trend ni sampai di Malaysia, korang teringin tak nak try?

Sumber: Oddity Central, AP News

Baca: “Jangan buat makanan jadi jijik boleh tak?!” – Sebab Trend Boba Tea, Ada Yang Buat Nasi & Maggie Goreng Boba

Botol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.