in

“Pelik bin ajaib” – [VIDEO] Aneh! Hujan Hanya Timpa Sebuah Kereta Di Kawasan Parkir Yang Penuh

Pagey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di laman Tiktok berkenaan fenomena aneh di mana kita dapat saksikan sebuah kereta berwarna hitam ditimpa hujan yang agak lebat.


Uniknya, puluhan kereta lain yang terletak di ruang parkir itu dilihat langsung tidak terjejas kerana hujan itu hanya menimpa satu kereta sahaja. Aik, macam mana tu?

@uryanriana

♬ suara asli – uryanriana – uryanriana

Melalui perkongsian dari akaun @uryanriana itu, kawasan parkir itu dilihat penuh dengan kenderaan lain yang tidak terjejas. Cuaca di sekeliling kawasan tersebut juga mendung, namun hanya satu spot saja yang dibasahi hujan lebat.

Pemilik video ini turut terkesima melihat kejadian aneh yang jarang-jarang berlaku ini. Dia turut merakam keadaan langit ketika kejadian itu berlaku, membuktikan bahawa ia bukanlah satu prank atau cubaan untuk menipu demi mencipta content.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut kagum dan takjub melihat fenomena luar biasa tersebut. Ramai netizen menganggap bahawa hujan itu sebagai satu bentuk rezeki terhadap pemilik kenderaan tersebut.

Rr Yy Ww Qq

Malah, ada juga netizen yang sempat berseloroh, mengatakan kereta tersebut menerima servis basuh kereta percuma. Netizen ni kat mana-mana pun jarang serius, kan?

TtEe

Haa… macam-macam misteri dalam dunia ni yang kita tak boleh nak explain, kan?

Sumber: Tiktok

Baca: “Panjang umur penunggang motor” – Live Depan Mata, Pemandu Terkejut Tengok Petir Memancar Di Tepi Highway

0

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.