in

Pelaku ‘Pedofil’ Ekstrem Choo Doo Soon Bakal Bebas Disember Ini, Bapa Mangsa Sanggup Bayar Lelaki Ini 20 Juta Won Tapi…

Cho4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai kenal dengan penjenayah pedofil Korea ini, Choo Doo Soon. Ya, yang kisahnya diadaptasi kepada filem ‘Hope’. Tragis dan di luar dek kewarasan akal, sangat kejam.


80% bahagian kemaluan mangsa rosak. Bayangkan.

Menurut sumber Doo Soon bakal dibebaskan dari penjara 13 Disember ini dan akan kembali ke rumah isterinya di Ansan, Wilayah Gyeonggi dan secara tak langsung, berdekatan dengan tempat tinggal mangsa dan keluarga.

Cho8

Persoalannya, bagaimana dengan penerimaan keluarga mangsa?

 

Sanggup berhutang demi anak

Dalam satu temu bual pada 20 September lalu, bapa mangsa berkata :

“Cho Doo Soon dakwa sudah menyedari kesalahannya, tapi kenapa dia nak balik ke Ansan tempat mangsanya tinggal? Saya nak bagi dia 20 juta ke 30 juta won (RM71,000 – RM100,000) untuk dia keluar dari sini walaupun saya akan terpaksa membuat pinjaman.”

Tambahnya lagi, keluarganya sudah tahu lama tentang kepulangan Doo Soon namun tak pernah menyebut tentang itu kerana trauma insiden ‘Cho Doo Soon’ masih segar walaupun sudah 10 tahun berlalu.

Cho9

Kesan insiden itu sangat dalam sama ada fizikal atau mental. Lebih-lebih lagi kepada mangsa.

 

Pengsan tengok berita jenayah seksual

Bila ada berita jenayah seks, anak saya terus pengsan. Disebabkan ini dia langsung tak boleh tengok berita. Dulu dia juga mempunyai TV di dalam dorm semasa belajar di kolej tetapi dia meminta untuk mengeluarkannya. Apabila dia balik rumah semasa cuti, dia cuma boleh tonton kartun yang kanak-kanak tonton.”

Kesannya, Na Young seperti terpinggir kerana tidak tahu akan isu semasa.

 

Na Young terima 2 rawatan seminggu selama 4 tahun

Selepas dari kejadian itu, Na Young terpaksa hidup dengan membawa kantung usus ke mana-mana dia pergi. Jelas bapanya, sepanjang masa dia akan blur.

“Awalnya, anak saya kelihatan seperti zombie yang tak bernyawa.”

Na Young menerima rawatan sebanyak dua kali seminggu selama 4 tahun sehingga dia tamat sekolah rendah.

Bapa Na Young juga terpaksa gadaikan bisnes demi menjaga anaknya yang harus ulang alik ke Seoul dari Ansan untuk mendapatkan kemudahan kaunseling dan rawatan bagi mangsa serangan seksual.

Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa selepas semua yang jadi, keluarga Na Young tak nak pindah dari situ kan? Jawapannya bukan taknak pindah, tapi tak boleh pindah sebab Na Young taknak.

 

Na Young enggan pindah, risau penerimaan tempat baru

Keluarganya pernah memujuk Na Young tapi tak berjaya. Katanya :

Saya dah cacat. Kalau saya pindah dan masuk sekolah baru, berapa banyak kawan saya boleh buat? Tak ke saya akan dipinggirkan? Kawan-kawan di sini memahami dan banyak membantu saya.”

Bapanya juga turut bersyukur kerana guru kelas Na Young sangat membantu. Dia menceritakan, ada masa kantung anaknya itu akan pecah bila penuh. Namun gurunya sudah menyediakan plastik hitam lebih untuk kemas kantung yang pecah tu.

Kami tak mahu pindah keluar dari Ansan disebabkan oleh pertolongan guru-guru, ibu bapa, dan kawan kelas anak perempuan saya. Mereka semua faham akan situasi dia.”

Bapa mangsa juga mendedahkan yang semua ahli keluarga akan membawa walkie-talkie yang boleh menghubungkan beberapa orang sejauh 50 kilometer sebagai langkah berjaga-jaga. Selain tu, dorang semua bawa pistol gas untuk pertahanan diri.

 

Risau mental Na Young tak stabil tahu berita kepulangan Doo Soon

Setelah semua dugaan yang ditempuh Na Young, bapanya risau mental Na Young menjadi tak stabil jika tahu Doo Soon akan pulang semula ke Ansan.

Cho2

“Kalau Choo Doo Soon tau kesalahannya, dia takkan balik ke Ansan di mana mangsanya berada. Saya tak faham kenapa dia nak balik. Saya nak mohon kepada kerajaan supaya mereka memujuk dia untuk hidup di tempat lain sebab penduduk Ansan semua menentang kepulangan dia.”

Namun, seorang professor psikologi kriminal di Kyonggi University menerangkan yang Doo Soon mungkin takkan mengulang kembali jenayahnya kerana dia perlu memakai gelang elektrik yang dapat mengesan lokasinya selain maklumat mengenai dia akan disiarkan secara umum dalam senarai pesalah seks selama 5 tahun selepas dia dibebaskan.

Berat dugaan dorang. Admin rasa, walaupun penjenayah ni pakai gelang tu penduduk masih takkan boleh terima. Kejam gila kot!

 

Sumber : allkpop , asiaone

 

Baca : “80% bahagian sulit rosak”- Coo Doo Son, Pedolifia Paling Ekstrem Di Korea Selatan

931

Sumber: newsinfo
Sumber: allkpop
Sumber: koreabang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.