Islamofobia adalah sikap atau perilaku ketakutan yang berlebihan, tidak mendasar dan seringkali tidak masuk akal terhadap sesuatu atau bahkan segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Terbaru, sebuah perkongsian dari influencer Amerika Syarikat @bashore101 menyatakan permasalahan yang kini sedang dialami oleh penduduk Islam di Daegu, Korea Selatan.
Dalam videonya, dia menceritakan terdapat sebuah masjid yang sudah dapat lesen untuk dibina dan diubah suai namun penduduk di sekitar kawasan tersebut tidak menerima baik pembinaan itu, malah mereka melakukan sesuatu yang amat menimbulkan kemarahan.
Video penuh di sini.
Kumpulan tersebut membina perancah besi di sekitar tapak pembinaan itu secara haram bagi mengganggu pembinaan dan bertindak menggantung kain rentang yang memberitahu terdapat parti barbeku babi di situ.
Malah, mereka turut memasang khemah di luar untuk membakar babi dan menggantung beberapa kepala babi di sekitar tapak pembinaan itu.
Menurut perkongsian tersebut, pembinaan itu telah pun mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan namun disebabkan perkara tersebut pembinaan yang sepatutnya dimulakan dua tahun lepas tergendala.
“Mereka membantah pembinaan ini kerana mereka mengatakan kawasan tersebut tidak sesuai untuk adakan tempat keagamaan, namun terdapat tiga buah gereja berdekatan. Ia sangat tak masuk akal,” katanya.
Perkara itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan ramai, terutama sekali mereka yang beragama Islam dan menetap di Korea Selatan untuk belajar atau bekerja.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera…
Baca: Pendakwah Terkenal Di Amerika Jadi Mangsa Islamofobia, Ditikam Secara Tiba-tiba