Selepas kejadian 9/11 pada tahun 2001 di Amerika Syarikat (AS), tanggapan rakyat AS terhadap mereka yang beragama Islam semakin ke arah negatif.
Walaupun kejadian itu berlaku 22 tahun lepas, sifat prejudis atau Islamofobia di negara tersebut masih ada dan ia semakin merisaukan.
Baru-baru ini, seorang pendakwah terkenal di AS iaitu Shaykh Uthman Ibn Farooq yang terkenal dengan video-video street dakwah di YouTube telah menjadi mangsa Islamofobia, difahamkan beliau berseorangan dan didatangi oleh seorang lelaki.
Selepas mengeluarkan kata-kata carutan kepada Shaykh Uthman, lelaki tersebut kemudiannya menikam pendakwah tersebut.
Salah seorang pelajarnya membuat pengumuman di media sosial sebelum ini, menyatakan bahawa imam itu menjadi sasaran mereka yang anti-Islam dan dia sering menerima ugutan.
Dalam sebuah video di YouTube, dikatakan tahap kecederaannya tidak diketahui tetapi dia dipercayai berada dalam keadaan stabil.
Sebagai info, Shaykh terkenal melalui saluran YouTubenya, One Message, di mana dia berdakwah kepada orang bukan Islam dan seumpamanya atas percanggahan dalam kitab suci mereka berbanding dengan Al-Quran.
Semoga keadilan dapat ditegakkan.
Baca: “Terasalah juga” – Netizen Tabik Lelaki India Ini Tegur Perangai Umat Islam Masa Ramadan