in

Pelajar Malaysia Tajaan JPA di Perancis Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat Lalu

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Norsakinah Naim, 19, pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengambil jurusan kejuruteraan kimia di IUT De Rouen, Perancis dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.


Missing2

Sakinah yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dipercayai keluar dengan hanya membawa beg dompetnya sebelum disedari tidak pulang semula oleh rakan serumahnya. Rakannya itu kemudian terus membuat laporan kehilangan beliau di Kedutaan Malaysia.

Sebelum itu, rakan serumah beliau dikatakan pulang ke rumah sewa mereka dan menyedari telefon bimbit Sakinah berdering dan ditinggalkan di dalam bilik.

“Saya diberitahu oleh guru kaunselor di SMK Pekula, bahawa anak saya ada menghubunginya pada Jumaat namun talian terputus selepas beberapa ketika.” kata bapanya.

Missing3
ibu dan bapa nursakinah

Walau bagaimanapun, guru itu menghubunginya semula pada hari Sabtu tetapi dijawab oleh rakan serumah yang memberitahu Nursakinah tidak pulang ke rumah.

Nursakinah adalah pelajar cemerlang dalam SPM di SMK Pekula,Tikam Batu selepas mendapat keputusan 10A1 pada 2015.

Missing1

Mari kita sama-sama doakan agar Nursakinah ditemui semula dalam keadaan selamat. Diharap ibu bapa dan keluarga beliau tabah selepas mendengar dengan perkhabaran ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.