in

Pekerja, Pembantu Rumah Dari Indonesia Tidak Dibenarkan Masuk Sehingga Disember 2021

Beku Ambil Pembantu Rumah 2021

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agensi pekerjaan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini dinasihatkan supaya tidak mengadakan iklan atau kenyataan yang mengelirukan kepada majikan berkenaan kemasukan pekerja asing terutamanya pembantu rumah dari Indonesia. 



Menurut kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, majoriti pembantu rumah warga asing di negara ini berasal dari Indonesia dan negara kita masih dalam proses rundingan dengan republik berkenaan.

Difahamkan, rundingan yang dimaksudkan menteri berkenaan adalah tentang Memorandum Persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang telah luput pada 30 Mei, 2016.

Pekerja Asing Indonesia

Tambah M. Saravanan lagi, sehingga Ogos 2021, sebanyak 92,481 pembantu rumah warga Indonesia ada di negara ini dan daripada jumlah berkenaan 64,181 adalah pengambilan PDI.

“Tiada kemasukan pekerja warga asing ke Malaysia termasuk pembantu rumah dari negara sumber sejak pelaksanaan kawalan pergerakan pada 18 Mac 2020 kerana wabak Covid-19″ – M. Saravanan

M Saravanan Pekerja Asing

Menurut kenyataan tersebut juga, difahamkan pembekuan kemasukan pekerja asing ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 dan ia melibatkan kedua-dua kategori pekerja asing.

Dalam pada itu, menteri berkenaan turut menambah bahawa segala keputusan tentang kemasukan pekerja asing ini akan diputuskan setelah perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan kementerian yang berkaitan.

Baca : Viral! Warga Asing Tak Patuh SOP, Staf Pejabat Pos Marah Sampai Hayun Kayu?

Warga Asing Sesak

Sumber: Utusan
Sumber: KL Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.