in

Viral! Warga Asing Tak Patuh SOP, Staf Pejabat Pos Marah Sampai Hayun Kayu?

Fi Warga Asing Ingkar Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, isu berkenaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) melibatkan warga asing banyak terjadi. Jika sebelum ini, mereka tidak patuh pada SOP sewaktu hendak menerima suntikan vaksin seperti yang berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) KLCC.


Terbaru, isu ini sekali lagi terjadi dan didakwa berlaku di sebuah pejabat pos di Selangor.

 

Bersesak nak renew pasport

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @Siti Aishah, menunjukkan suasana yang berlaku di sebuah pejabat pos yang dipercayai terletak di Klang, Selangor.

Dalam video tersebut, dapat dilihat dengan jelas satu barisan yang panjang dilakukan oleh lebih daripada puluhan warga asing yang datang dengan berbaris berapat-rapat dan tiada sebarang penjarakan sosial oleh mereka.

Difahamkan juga, kesemua mereka ini hadir ke pejabat pos tersebut bagi melakukan urusan pembaharuan pasport mereka.

Warga Asing Ingkar Sop 1

Mungkin telah banyak kali diberi peringatan oleh staf di pejabat pos berkenaan, akhirnya kedengaran seorang staf wanita yang berteriak kepada mereka ini.

Bukan tu saja, dia juga dilihat sambil membawa sebatang kayu dan mengetuk tiang besi di luar pejabat pos berkenaan sambil menyuruh kesemua warga asing tersebut untuk mengadakan jarak sosial. Barulah mereka semua itu mula untuk jarak, sambil dibantu oleh seorang staf dan beberapa orang warga asing yang lain.

Selain itu juga, dia turut memberi amaran kepada mereka semua dengan tidak membenarkan mereka berurusan di dalam dan menyuruh untuk mereka balik sekiranya masih berdegil.

Sejak dimuat naik di TikTok, ia mula menjadi perhatian ramai dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 5.6 juta tontonan.

@aishahb3

Ya Allah rapat nye… Mcm mna nk turun convid mcm ni Klang post office situation today morning ??‍♀️??‍♀️warga asing #fyp #convid #fypシ

♬ bunyi asal – Siti Aishah – Siti Aishah

 

“Kesian dia penat sgt lah tu” 

Menjengah ke ruangan komen, nyata tindakan wanita tersebut nyata membuatkan rata-rata netizen berasa kagum. Ada yang memberi pendapat berkemungkinan wanita itu dan staf lain, dah berulang kali beri peringatan dan mula berasa penat hingga wanita tersebut bertindak sedemikian.

Di samping itu juga, ada netizen yang seakan menyokong tindakan staf tersebut yang seakan sama turut geram melihat ‘perangai’ sekumpulan warga asing berkenaan.

Reak Warga Asing Ingkar Sop 4 Edit Reak Warga Asing Ingkar Sop 2 Edit Reak Warga Asing Ingkar Sop 3 Edit Reak Warga Asing Ingkar Sop 1 Edit

Aihh walaupun dah banyak kelonggaran diberikan pada kita, tolonglah jangan abaikan SOP sedia ada. Tak mungkinlah kita mahukan suasana lockdown macam sebelum ni lagi?

 

Baca : Viral Situasi di PPV KLCC Dibanjiri Warga Asing, Rupanya Banyak Majikan Hantar Pekerja Tak Ikut Janji Temu

Foot Warga Asing Ingkar Sop

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.