in

“Eleh baru durian, belum belacan lagi..”- 550 Orang Diarah Keluar Dari Bangunan Universiti Selepas Didakwa Berlaku Kebocoran Gas, Tapi Rupa-rupanya…

Featured 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau peminat-peminat tegar durian baca artikel ni mesti kecewa punya.


Angkara Durian, sebuah bangunan perpustakaan universiti pada Jumaat lalu terpaksa dikosongkan selepas ada yang mendakwa terhidu bau gas, menyebabkan kakitangan perpustakaan tersebut kemudiaannya membuat panggilan kecemasan.

Building
Sumber : google

Memetik World Of Buzz kejadian yang dipercayai berlaku di Universiti Canberra, Australia itu bagaimanapun menjadi viral di media sosial selepas pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di perpustakaan berkenaan berjaya mencari ‘punca’ gas tersebut.

Keseluruhan perpustakaan diarahkan kosong termasuk 550 orang diarah keluar dari bangunan berkenaan bagi memudahkan pasukan penyelamat mencari sumber ‘gas’ tersebut yang kemudiannya berjaya diselesaikan sejam kemudian..Weh ramainya yang kena keluar

“Durian” Itulah punca gas yang menyebabkan satu bangunan terpaksa dikosongkan.

Canberra Statement
Sumber : university of canberra library
Featured 23
Sumber : world of buzz

Malah dalam posting facebook memaklumkan yang , durian tersebut ditemui dalam salah satu tong sampah di bangunan perpustakaan tersebut.

Bangunan perpustakaan Universiti Canberra juga telah dibuka dan selamat untuk digunakan.

Canberra 2
Sumber : university of canberra library

Weh duriann kot! Ish kalau kat Malaysia ni, confirm tak panggil Bomba tapi orang yang hidu bau tu sendiri akan cari kat mana punca bau durian tu. Untung-untung dapat durian free..kahkah!

Baca : Polis ketuk pintu nak siasat Wanita Bakar Belacan Dekat Perancis, Sekali Orang Sana Ingat Bau Mayat!

Belacan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.