in

“Peguam Negara sebelum ni Melayu Islam, tapi apa dia buat?”

28Boomb 1523152474

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak habis satu kontroversi, datang pulak lagi satu kontroversi melibatkan pemilihan Peguam Negara yang dikatakan soal kaum dan agama menjadi isu. Menurut Astro AWANI, kerajaan Pakatan Harapan dikatakan telah cadang peguam veteran, Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara. 


Pemilihan tu bukan saja dapat kritikan orang ramai tetapi Yang di-Pertuan Agong jugak dikatakan menolak cadangan untuk memilih Tommy sebagai Peguam Negara. Hal ni kerana Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan gesa Tun M beri jawatan tersebut daripada kalangan orang Muslim.

Iluminasi Agong Sultan Kelantan9
sumber: blog

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan yang wajibkan seorang Peguam Negara tu mesti Melayu dan Islam.

“Jadi, saya fikir ketinggian dan semangat Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial perlu dan wajar dihormati dan dilindungi. Selanjutnya, kita kena juga lihat sejarah sebelum ini. 

Bukankah Peguam Negara yang sebelum ini yang dilantik oleh BN adalah seorang Melayu dan Islam? Tapi, lihatlah kerosakan yang beliau telah lakukan ke atas reputasi dan nama baik institusi Peguam Negara,” kata Hanipa. Ouchh! Sapa makan cili terasa pedasnya.

Aa2E9399
sumber: the star

Hanipa pada masa yang sama menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan dalam memilih Tommy sebagai Peguam Negara.

“Calon tersebut bagi saya, bukan sahaja berpengetahuan dan berpengalaman mendalam dalam undang-undang.

“Lebih penting, setakat yang saya kenal beliau adalah seorang peguam senior yang berintegriti amat tinggi iaitu ciri penting yang perlu ada bagi seorang Peguam Negara,” kata Hanipa lagi.

4085
sumber: blog

Dalam perkembangan lain, Majlis Raja-raja akan mengadakan mesyuarat pada hari esok (5 Mei) membincangkan isu ini.

Korang rasa macam mana? Patutkan jawatan Peguam Negara diberikan kepada orang Melayu dan Islam saja? Rumit isu ni sebenarnya…

Baca: “Tuanku tak kenal, saya pernah jadi chairman besar-besar” 

Shahidan Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.