in

Pegang Pinggang Pelajar Perempuan, Guru Berdepan Hukuman Sebat & Penjara

syaz ft 2025 11 17T164600.890

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru, Farid Azhar Nawi, 47, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah surau sekolah menengah di Senawang pada Ogos 2022.

Mahkamah turut mengenakan tambahan dua tahun penjara dan dua sebatan, namun hukuman itu berjalan serentak, selain arahan menjalani kaunseling serta berada di bawah pengawasan polis setahun selepas tempoh penjara.


Artikel berkaitan: Kanak-kanak Diumpan Basikal Percuma Jadi Mangsa Amang Seksual

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 Direman 4 Hari, Didakwa Lakukan Amang Seksual Kepada Rakan Sekolah

Hakim Datin Surita Budin berkata pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Tertuduh, yang ketika kejadian memegang hubungan amanah sebagai guru, didakwa menyentuh pinggang mangsa dengan niat seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam alasan penghakiman, hakim menegaskan mahkamah tidak boleh bertolak ansur dalam kes seksual membabitkan kanak-kanak, lebih-lebih lagi apabila tertuduh menyalahgunakan kedudukannya hingga menyebabkan mangsa trauma serta mencemarkan nama baik institusi pendidikan.

Peguam pembela memohon hukuman minimum kerana tertuduh pesalah kali pertama, memberi kerjasama dan menanggung keluarga serta adik autisme. Namun, pendakwa raya menegaskan kepentingan awam lebih utama kerana jenayah berlaku ketika kelas Pendidikan Islam di surau sekolah.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sehingga proses rayuan selesai, dengan syarat ikat jamin dinaikkan kepada RM20,000, laporan polis bulanan dan penyerahan pasport.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.