Masa korang sekolah pernah tak join apa-apa projek untuk mata pelajaran sains? Kalau pernah, mesti korang tahu kan betapa seronoknya bila kita berjaya hasilkan projek tersebut dengan betul.
Baru-baru ini tular video dimana sekumpulan pelajar sekolah menengah yang kena sembur dekat bahagian mata dengan menggunakan pepper spray oleh pihak polis.
Namun, sebenarnya diaorang bukannya kena denda atau pun buat sebarang kesalahan, tapi itu merupakan salah satu kajian mereka untuk kelas sains.
Menurut portal Daily Mail, pelajar-pelajar dari sekolah menengah Barberton ini berminat untuk menjalankan projek sains mengenai pengalaman diri sendiri apabila kena sembur dengan pepper spray.
Sebelum projek sains itu dijalankan ke atas diri mereka, para pelajar tersebut telah diminta untuk memberikan surat kebenaran kepada ibu bapa yang menyatakan tindakan mereka itu adalah volunteer dan bukannya paksaan.
Semasa hari kejadian, para pelajar yang terlibat diminta untuk membuat satu barisan panjang di bahagian luar sekolah sebelum mereka di sembur menggunakan pepper spray sorang demi seorang oleh polis yang bertugas.
“Sakit!! Pedih!! Tolongggg!”
Dalam video tersebut anda boleh mendengar jeritan pelajar-pelajar tersebut sama ada lelaki atau pun perempuan selepas di sembur.
Namun, polis yang bertugas meminta mereka untuk tidak melawan dan bertindak ganas mungkin untuk bagi mereka bertenang. Sapa je boleh bertenang kalau kena pepper spray ka?
Tambah polis yang bertugas itu juga, kesan daripada semburan ini juga mampu menjangkau sehingga 30 minit atau satu jam.
Mereka juga boleh membasuh tempat yang kena sembur dengan menggunakan air atau susu hanya untuk mengurangkan rasa sakit tapi ia tidak hilang untuk serta merta.
Wah betul-betul rare diaorang punya sains projek ni. Admin kalau terkena percikkan biji lada dekat mata pun dah pedih gila, ini kan pulan diaorang yang kena spray dengan pepper spray??