in

Pecah Amanah Lebih RM47 Juta!

Page Felda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan terbentuknya kerajaan baru ni, makin lama makin banyak pembongkaran mengenai penyelewangan wang yang didedahkan.


Menurut Free Malaysia Today, dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ni.

Felda
sumber: blog

Bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad, 58, telah didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah dan bersubahat pecah amanah dana FELDA lebih RM47 juta, empat tahun yang lalu.

Sufi2
sumber: nst

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Bangunan Wisma Felda Jalan Perumahan Gurney, antara 13 Jan hingga 23 Julai 2014 mengikut Seksyen 409 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Fai
sumber: nst

Mengikut dua pertuduhan tersebut, Muhammad Sufi didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana organisasi itu iaitu dengan melupus dan meluluskan pembayaran masing-masing RM25,999,000 dan RM21,626,500 yang kesemuanya berjumlah RM47,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender FELDA.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berkenaan berjalan serentak. Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan mengekalkan jaminan RM1 juta setiap seorang.

Peguam Zaidi yang mewakili Muhammad Sufi dan peguam Azad yang mewakili Faizoull memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada anak guam mereka dengan alasan kedua-dua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga dan itu merupakan kesalahan pertama mereka.

Adoiyai… Banyaknya dia songlap.

Baca: Polis ‘Makan’ Duit Haram RM1.3 Juta!

De

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.