in

Polis ‘Makan’ Duit Haram RM1.3 Juta!

Cop In Charge Of Petrol Money Cheated His Station And Pocketed Over Rm1 3 Million World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tukar kerajaan baru ni, banyak kes-kes jenayah berkaitan rasuah dan penyelewengan wang kedengaran di media. Baru-baru ni, seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah terbongkar seleweng wang lebih RM1 juta dengan kemuka laporan palsu pada tahun lepas. Wuish banyaknya duit dia tipu! 


Kejadian ni dah membuatkan pegawai tertinggi polis naik angin dan mengarahkan kes ni disiasat dengan segera. Menurut WORLD OF BUZZ, pegawai berpangkat korporal tu bekerja di bawah Jabatan Sumber dan Teknologi Strategik dan ditugaskan untuk catat amaun minyak yang digunakan kenderaan patrol polis dalam daerah tu.

20180607Facebook12Cmk180606P03
sumber: wob

 

Tak catat butiran pengisian minyak

Difahamkan setiap pegawai dari setiap negeri dan daerah di ibu pejabat polis akan ditugaskan untuk jaga stesen minyak tertentu yang dikhaskan untuk isi minyak kenderaan polis di kawasan tersebut. Tapi pegawai yang bertugas berkenaan “duit petrol” ni tiba-tiba dah terlepas pandang proses pengisian minyak dan tak catat butiran yang sepatutnya. Adoi macam mana buat kerja ni…

Selain tu, pegawai yang sama jugak ditugaskan untuk agih “kad petrol” yang biasanya digunakan anggota polis outstation ke negeri lain untuk jalankan siasatan dan membawa suspek dalam perjalanan jarak jauh.

 

Berani kemukakan data palsu kepada pegawai atasan

Jadinya pada tahun 2017, korporal terbabit dah kemukakan rekod palsu tentang wang yang digunakan untuk minyak, yang mana akhirnya terkantoi jugak dengan pihak atasan.

Data fake tersebut melaporkan kononnya RM2.07 juta telah digunakan untuk pengisian petrol tapi bila diperiksa semula dalam sistem hanya RM689,296 je sebenarnya yang digunakan! Ceh maknanya wang yang selebihnya si korporal ni dah ‘makan’ lah! 

5181
sumber: wob

Dalam erti kata lain, sebanyak RM1.38 juta dah diseleweng korporal tersebut dalam tahun lepas! Bila pegawai atasan minta korporal tu tunjuk resit dari stesen minyak, dia langsung tak dapat kemukan sebarang bukti. Dia juga didapati telah sorokkan 38 keping kad petrol yang mana 17 daripada kad tu telah digunakan tapi tak ada rekod yang dicatatkan tentang penggunaan tersebut.

Susulan itu, sepasukan penyiasat ditubuhkan untuk meneliti kes ni dengan lebih mendalam dan kemudian melaporkan ia kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Img 2818 C2479993 171017 454
sumber: wob

Lepas satu, satu kes pecah amanah di kalangan perkhidmatan awam terbongkar. Dengan kerajaan baru ni, kita harap kes-kes macam ni semakin berkuranglah dan lebih ramai pegawai polis berintegriti dapat dihasilkan pada masa akan datang. 

Baca: Memalukan! Selebriti Taiwan Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.