in

Patut ke? Ibu Ini Sudah Berusia 60an Tetapi Anak Yang Sudah Bekerja Masih Minta Duit Belanja

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang lah tanggungjawab ibu bapa memberi duit belanja ketika membesarkan kita. Tapi takkan dah kerja pun minta duit belanja pada ibu bapa? Pernah tak bayangkan kepayahan dan kesusahan mereka?


Ibu bapa ni kalau anak minta duit susah mereka nak kata tidak. Tak kira ketika itu mereka sedang kesempitan wang sekali pun, mereka tetap akan usahakan dengan apa cara sekali pun, walaupun terpaksa ikat perut tak makan kerana susah hati bila dapat tahu anak takde belanja.

Pernah terfikir tak? Agak-agaknya sanggup ke kita berkorban untuk mereka macam mana mereka berkorban untuk anak-anak?

Baca perkongsian dari Leonard Melepong ini. Renung-renungkan lah…

14517419_1590853197886072_2391227269710125792_N

RASA SEDIH!

Tadi saya pergi Maybank. Beratur belakang seorang auntie ni. Dari belakang intai dia keluarkan duit. Tengok ada baki RM13. Dia nak keluarkan RM10 tak boleh sebab insufficient balance.

Ada orang call seperti menggesa beliau bank in cepat-cepat. Nampak seperti ada kecemasan. Saya perhatikan dari belakang!

Mukanya dah risau dan dia beratur di deposit machine. Saya duduk belakang dia dan tanya:

“Auntie…Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?”

Auntie jawab,

Tidak.. Mau kasi sama anak kerja dekat Pulau Pinang tak cukup wang mau makan!” 

Sedih bila renung… Auntie yang umurnya sudah 60an masih memikirkan lagi untuk beri anaknya makan. Dunia macam sudah terbalik, seorang ibu masih memberikan anaknya makan walaupun anak sudah dewasa.


“Auntie sudah makan? Tak mengapa auntie simpan wang ini saya belanja auntie makan”, kata saya kepadanya.

Dia menangis bila saya cakap begitu. Saya pun sedih rupanya ramai lagi orang lebih susah daripada saya. Saya tidak sanggup tengok orang susah sebab saya pernah susah!

Sambil berborak dengan auntie, saya hulur business card saya padanya sambil berkata,

“Tidak mengapa auntie apa-apa boleh hubungi saya. Ada business untuk dikongsikan. Saya pun tak mahu senang sorang-sorang”
.
“Ok terima kasih ya adik”, kata auntie

“Ok sama-sama auntie!”, saya menjawab

P/S: Ingat wahai anak-anak!

– Ingat, bila anak minta duit dengan ibu bapa, walaupun mereka tiada duit mereka tetap akan  kata ada! Mungkin mereka pinjam dengan jiran sebelah demi untuk beri pada anak-anak!

– Ingat, kalau kita tidak boleh beri mereka duit, jangan minta darinya. Cukuplah mereka sudah membesarkan kita dengan ilmu supaya kita boleh cari duit sendiri.

– Ingat, ibu bapa tidak perlukan duit anda sebenarnya. Mereka perlukan perhatian, balik jenguk mereka di kampung sudah memadai. Kalau busy, call pun ok. Sejuk hati mereka bila dengar khabar dari anda. Jangan bila nak duit baru sibuk nak call mereka.

– Ingat, busy selalu site meeting sana sini, appointment bisnes siang malam, akhirnya duit pun tidak pernah cukup. Tiba masanya untuk anda balik ke rumah pandang muka mereka.

– Ingat, pandang muka mereka, rezeki mudah masuk! Amin!!

Ya, kongsikan lah cerita ini biar semua orang baca cerita sebenar. Bagi anak-anak faham keadaan ibu bapa mereka. Jangan susahkan mereka lagi, mereka sudah tua.

Kita hidup tidak mengharapkan balasan berupa harta. Hanya doakan saya murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Demi Lovato Crying Demi Cry Triste

Sepatutnya bila mereka sudah tua, tiba masanya untuk anak membalas jasa sekurang-kurangnya dengan memberi duit saku kepada mereka. Walaupun sebenarnya bukan wang ringgit yang mereka minta sebagai balasan. Apa yang penting dan paling mereka inginkan adalah perhatian dan kasih sayang anak-anak.

Akhir kata, jangan pernah lupa jasa dan pengorbanan orang tua!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.