in

Pasangan Selebriti Malaysia Bergaduh di Insta Story?

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pasangan Selebriti Malaysia Bergaduh di Insta Story?
Loading
/

Joey Ghazlan dan Patricia K antara selebriti terkenal di Malaysia. Kalau korang yang tak tahu tu, Patricia K ni merupakan model dan pengacara, serta ada darah kacukan melayu-cina. Joey G pulak merupakan pengacara dan menetap di sini.


Rata-rata peminat dorang berdua ni mesti tahu, yang dorang memang suka kongsi gambar-gambar dengan anak dorang, Sophia. Tapi beberapa bulan yang lepas, dah tak nampak semua tu. Semuanya terjawab selepas masing-masing luahkan perasaan tak puas hati melalui Insta Story masing-masing. Kenapa pulak ni?

Aa 1
sumber: instagram

Dua hari lepas, Joey G yang juga merupakan seorang DJ luah rasa tak puas hati apabila Patricia K dengan beraninya memfailkan dakwaan penculikan terhadap dirinya. Joey turut memaklumkan sebab Patricia buat dakwaan itu hanya kerana dia tak setuju untuk Patricia bawa anak mereka yang baru berusia dua tahun itu untuk berjumpa dengan teman lelaki baharunya. Laaaaa….

Tak lama selepas itu, Joey G bongkarkan lagi perangai sebenar Patricia di mana dia pernah ditipu Patricia lebih daripada 5 kali. Bukan itu sahaja, Patricia pernah campak anak dorang, pernah tinggalkan anak dia di Bali dan banyak lagi. Like seriously?

Semalam, Patricia hanya membalasnya dengan satu insta story sahaja dengan mengatakan,

Apa yang saya boleh cakap sekarang, jangan percaya dengan cerita putar belit daripada seseorang yang memang suka pusing-pusingkan cerita. Saya dah tak nak bersama dengan dia lagi.”

Rata-rata peminat memang konfem terkejut lepas tengok insta story dorang. Tapi mostly harap supaya dorang ini cepat-cepatlah berbaik demi kebaikan anak dorang tu. Yassss!

Alamak.. Macam-macam.. Harap tak ada apa yang serius lah ye!

Baca: “Sistur jangan gaduh-gaduh!”

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.