in

Pasangan Penjawat Awam Sanggup Beli Sijil Vaksin Palsu, Gara-gara Takut Tak Dapat Bonus Tahunan

Beli Sijil Vaksin Palsu Sebab Nak Dapat Bonus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini, hangat diperkatakan mengenai isu individu yang menjual serta membeli sijil vaksinasi palsu kerana tidak mahu menerima vaksin seperti yang ditetapkan kerajaan.


Yang terbaru kali ini melibatkan pasangan suami isteri yang juga penjawat awam telah dicekup polis membeli sijil vaksinasi COVID 19 palsu.

71628687604 Sijildigitalvaksin

Menurut Astro AWANI, pasangan berusia 33 dan 38 tahun yang bertugas di sebuah jabatan yang sama itu katanya membeli sijil vaksin palsu tersebut kerana mahu menerima bayaran bonus tahunan dan tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu membeli sijil dengan harga RM500 setiap satu menerusi seorang rakan sekerja berusia 58 tahun yang bertindak sebagai orang tengah.

Kegiatan pasangan ini menggunakan sijil vaksinasi palsu mula terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi ‘MySejahtera’ berstatus vaksin lengkap dua dos yang dimiliki mereka sebelum membuat semakan di Klinik Kesihatan Rembia.

““Hasil semakan klinik berkenaan kemudian mendapati kedua-dua mereka tidak pernah menerima apa-apa vaksin sebelum laporan polis dibuat kerana mereka telah menipu pihak jabatan,” jelasnya.

 

Pasangan pernah buat laporan polis tak mahu divaksin 

Pasangan suami isteri dan rakan sekerja mereka kemudian telah ditahan polis pada Selasa lalu di sekitar Melaka dan telefon bimbit mereka juga telah dirampas.

Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai penjual sijil vaksinasi itu.

Tambah polis lagi, pasangan terbabit yang juga didakwa merupakan kumpulan anti vaksin sebelum ini pernah tampil membuat laporan polis pada tahun lepas berhubung keengganan mereka menerima suntikan vaksin.

Vaksin 5

“Siasatan lanjut mendapati rakan sekerja yang bertindak sebagi orang tengah itu telah mendapatkan muat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu ini daripada suspek yang masih bebas, yang digelar nama ‘Vnilai’.

“Sijil vaksinasi berkenaan juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR bagi memasuki premis perniagaan dan pihak polis sedang memburu suspek lain yang disyaki terlibat,” katanya.

Ketiga-tiga suspek kini telah direman selama 3 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Baca: Ustaz Abu Syafiq Minta Siasat Mantan PM, Dakwa Muhyiddin Tak Ambil Vaksin Ketika Tunai Umrah?

Collage 25

Sumber: Wilayahku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.