Pasangan Ini Seksa Rakan OKU Selama 8 Bulan Hingga Mati. Ini Apa Yang Mereka Lakukan….

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ini, telah heboh isu tentang sepasang suami isteri di Singapura yang telah mendera seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang juga merupakan rakan mereka.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita OKU telah didera selama lapan bulan sehingga mati oleh rakannya sendiri bernama Tan Hui Zhen, 33, dan suaminya Pua Hak Chuan, 38 tahun.

Sumber: MMO

Annie Ee Yu Lian, 26, telah berkawan dengan Tan sejak 2001 ketika mangsa berusia 13 tahun dan Tan berusia 17 tahun. Mereka lost contact tetapi bertemu semula pada tahun 2013, lapor The Star.

Annie yang merupakan orang kurang upaya intelek, semakin renggang dengan keluarganya dan mengambil keputusan untuk tinggal bersama Tan dan suaminya pada akhir tahun 2013. Di sinilah bermulanya detik permulaan penderaan yang dihadapi oleh Annie.

Berikut kami senaraikan perbuatan kejam Tan dan Pua terhadap rakan mereka sendiri sehinggalah akhirnya Annie disahkan meninggal dunia dengan penuh derita.

 

1. Annie dipukul dengan tangan dan pelbagai alat lain hampir setiap hari.

Tan dan Pua tanpa belas kasihan telah memukul Annie menggunakan tangan mereka dan pelbagai barang lain seperti dengan selipar tidur, tali pinggang plastik, tongkat buluh dan tong sampah plastik. Bukan itu sahaja, mereka dilaporkan turut suka menggunakan segulung plastik shrink wrap untuk memukul Annie kerana dia amat takutkannya.

Sumber: The Star

 

2. Pasangan tersebut memaksa Annie memberi kesemua gajinya kepada mereka

Annie telah tinggal bersama pasangan ini sejak akhir tahun 2013. Pada awalnya, mereka tidak meminta bayaran sewa daripada Annie tetapi memintanya supaya memasak dan mengemas rumah sebagai balasan. Namun, Tan dan Pua mula meminta bayaran sewa daripadanya iaitu sebanyak RM458 sebulan kemudian menaikkannya sikit demi sedikit sehinggalah sebanyak RM1,680.

Tidak cukup dengan itu, mereka mula memaksa Annie supaya menyerahkan kesemua gajinya iaitu sebanyak RM3,665 dan hanya memberi RM152 sebagai elaun yang kemudiannya dikurangkan kepada RM91. Kejamnya!

Bukan itu sahaja, mereka pernah menuduh Annie kerana menyebabkan jangkitan kutu katil di rumah mereka dan memaksanya membayar RM6,115 sebagai pampasan. Antara penderaan awal yang dilakukan Tan terhadap Annie ialah dia mula membelasah, mencekik dan menolak kepalanya ke dinding.

Gambar hiasan

 

3. Annie didera sebagai ‘pengajaran’ untuk ‘kesilapan’ yang dilakukan.

Penderaan yang dilakukan ke atas Annie dikatakan untuk ‘mengajarnya’ supaya berkelakuan baik. Annie juga disuruh menyebut kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya. Dia dilaporkan didera kerana kononnya menipu, mandi dengan lama dan enggan untuk makan.

Annie dikatakan telah dibelasah secara bergilir oleh pasangan tersebut selama dua jam bagi kesalahan yang dilakukan. Autopsi yang telah dijalankan menunjukkan bahawa tulang belakang Annie patah di 7 kawasan, perut pecah dan badan dipenuhi lebam dan lecetan. Kesiannya dia…

Gambar hiasan

 

4. Annie tetap melayan Tan dan Pua seperti keluarga sendiri

Sepanjang dibelasah, Annie dilaporkan tidak pernah melawan malah hanya mendiamkan diri. Timbalan Pendakwa Raya, April Phang mengatakan apa yang Annie mahu adalah untuk diterima dan disayangi. Alahai sedihnya….

 

5. Tan dan Pua memaksa Annie tukar tempat kerja kerana rakan kerja mula curiga dengan kecederaan pada badannya

Bagi menyembunyikan perbuatan kejam mereka, Tan dan Pua akan memukul Annie di bahagian punggung kerana khuatir orang ramai akan nampak lebam-lebam pada badan Annie. Hal ini menyebabkan dia mempunyai banyak lecetan di bahagian punggung. Lecetan yang terbesar pada punggungnya adalah  berukuran diameter 7.5cm.

Gambar hiasan

 

6. Annie cuba membunuh diri sehari sebelum kematiannya

Annie telah disahkan meninggal dunia pada 13 April 2015. Walau bagaimanapun, malam sebelum kematiannya dia telah cuba mengelar pergelangan tangan kerana menganggap dirinya tidak berguna apabila tidak dapat mengikut arahan yang diberikan oleh Tan. Namun, Tan berjaya menghalangnya.

Gambar hiasan

Annie yang telah lemah dan termengah-mengah kemudian jatuh dan terkencing dua kali di atas lantai. Melihat keadaan ini, Tan dan Pua memukulnya dengan plastik shrink wrap kerana menganggap Annie sengaja berbuat begitu kerana inginkan perhatian.

Bukan itu sahaja, Pua turut memukul bahagian abdomen Annie dan akhirnya memukul dengan tong sampah plastik sehingga pecah.

Annie dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa pada keesokan harinya kerana embolisme lemak akut di mana tisu lemaknya telah masuk ke saluran darah dan paru-paru akibat dipukul terlalu kerap dan kuat yang membuatnya gagal untuk bernafas.

 

7. Tan dan Pua telah mengaku bersalah dan akan dihukum pada 1 December ini

Tan akan dikenakan hukuman 15 tahun penjara dan Pua pula sebanyak 14 tahun berserta 12 kali sebatan. Institut Kesihatan Mental melaporkan Tan mengalami kemurungan dan mempunyai kecelaruan identiti semasa melakukan kesalahan tersebut.

Sumber: WOB

Kejamnya pasangan ni! Sampai hati buat macam tu sekali. Alhamdulillah, akhirnya mereka terima hukuman setimpal atas perbuatan tidak berhati perut tu.

Baca: Wartawan ‘Undercover’ Dedah Penderaan Kejam Terhadap Kana-kanak OKU di Pusat Terapi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.