in

“Pam kuning untuk warga Malaysia je” – [VIDEO] Viral Lelaki Warga S’pore Buat Tak Tahu Lepas Ditegur Isi Minyak Guna Ron 95

Featured Image Pam Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah nampak tak orang luar yang bukannya warganegara, masuk ke Malaysia dan membawa kenderaan mereka sendiri kemudian pergi isi minyak dengan menggunakan pam kuning?


Kalau pernah nampak, sebenarnya perbuatan mereka tu salah tau.

Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai tindakan seorang lelaki yang dipercayai berasal daripada Singapura mengisi minyak kereta dengan menggunakan pam berwarna kuning.

Kalau ikutkan video tersebut, individu yang merakam kejadian ini boleh di katakan berulang kali dia menyebut bahawa perbuatannya itu salah.

Uncle mana boleh yellow colour

You tak tau undang-undang ke”

Namun seperti biasalah, lelaki tersebut tidak mengendahkan dan terus sahaja mengisi minyak.

Kejadian ini dikatakan berlaku di stesen petron Tampoi Indah, Johor.

Namun begitu, ada juga netizen yang agak keliru mengenai video viral ini. Mereka tidak pasti apa kesalahan lelaki tersebut.

Per1
Sumber: twitter

Hah sini admin kongsi

Oleh kerana ada juga netizen yang tidak mengetahui mengenai kelebihan Ron 95, pam kuning, ia sebenarnya dikhususkan kepada rakyat Malaysia sahaja oleh kerajaan.

Ron 95 juga merupakan subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Oleh disebabkan itu, warga asing  tidak dibenarkan untuk mengisi minyak menggunakan Ron 95.

Jika mereka tetap berdegil, ia merupakan satu kesalahan.

Per 2
Sumber: twitter

 

Per3
Sumber: twitter

Lepas ni, kalau ada nampak plat kenderaan bukan dari Malaysia tapi isi minyak guna pam kuning, korang dah boleh tegur baik-baik lah. Kalau dia berdegil juga, report sahaja ke KPDN.

 

Baca: “Siapa je tak panik kalau tiba-tiba jadi macam tu?” – Pam Minyak Tiba-tiba Buat ‘Hal’ Netizen Kongsi Apa Perlu Dibuat

Pampui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.