Gangguan seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang amat menggerunkan. Tetapi zaman pun sudah berubah, kini ada juga kes seperti kanak-kanak pula yang mengundang masalah.
Pada 27 Januari tahun lalu, seorang warga emas bernama Chua Hock Leong didakwa telah mencabul seorang kanak-kanak lelaki di sebuah tandas taman di Tampines, Singapura, lapor The Straits Times.
Menurut mangsa, Chua yang berumur 63 tahun itu telah mendekatinya ketika dia sedang menunggu rakannya untuk habis sesi persekolahan. Sementara menunggu, dia mengajak warga emas tersebut untuk menemaninya ke taman Eco Green Tampines.
Semasa berada di taman, kanak-kanak yang hanya berusia 12 tahun itu dikatakan sedang melakukan onani di dalam tandas OKU apabila warga emas tersebut didakwa telah ceroboh masuk dan mendesak mangsa untuk melakukan seks oral.
Tidak lama selepas itu, kanak-kanak tersebut terus menolak Chua dan melarikan diri. Apabila ibunya mendapat tahu tentang insiden tersebut, dia terus melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Selepas membuat siasatan lanjut, pihak polis telah menemui DNA Chua di seluar dalam kanak-kanak itu beserta cap jarinya di pintu tandas tersebut.
Tetapi baru-baru ini warga emas itu telah tampilkan diri dan menceritakan kisah sebenar dari pihaknya pula. Dia memberi keterangan bahawa sebenarnya kanak-kanak tersebut yang menggodanya terlebih dahulu dan bertanya soalan yang tidak patut padanya.
“Pakcik, nak ‘main’ tak?”
Chua sangka perkataan “main” itu merujuk kepada aktiviti seksual. Dia juga mengatakan budak lelaki tersebut mengajak Chua ke sebuah hotel bernama Hotel 81 namun Chua menolak permintaan tersebut.
Oleh kerana tidak dapat ke hotel, kanak-kanak itu mengajak warga emas tersebut ke taman. Menurut Chua, ketika berjalan menuju ke taman, mereka berdua berbual tentang seks.
Tiba di taman, mereka berdua-duaan di dalam tandas awam dan kanak-kanak itu telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks tetapi dia menolak kerana tandas tersebut mempunyai kamera litar tertutup.
Kemudian, mereka terus beralih dan mencari ‘port’ baru di mana Chua telah melakukan onani di dalam semak sementara kanak-kanak itu menjaga kawasan. Selepas dia memuaskan dirinya, kanak-kanak tersebut telah menyentuh air mani warga emas itu. Bukan itu sahaja, dia juga telah meminta wang dari Chua selepas insiden itu.
Apabila ditanya mahkamah mengapa dia tampil menceritakan hal sebenar setahun selepas kes tersebut dilaporkan, dia berkata bahawa dia berasa malu untuk mengaku pada pihak polis bahawa dia telah melakukan onani di tempat awam.
Kedua-dua pihak akan memberikan hujah penutup di mahkamah pada hari ini namun tiada lagi berita terkini berkenaan kes itu.
Sekiranya disabitkan bersalah, Chua boleh dipenjarakan antara 8 hingga 20 tahun tetapi dia tidak boleh dikenakan sebatan oleh kerana usianya sudah cecah 50 tahun.
Kecik-kecik dah pandai, yang tua pun sama naik!
Baca : “Meh sini aku jilat!” – Remaja Hamil Kongsi Bagaimana Seks Bebas Bermula Sejak Darjah 6