Siapa saja tak kenal dengan lelaki berhati mulia ini, Kuan Chee Heng atau turut dikenali sebagai Pakcik Kentang.
Sikapnya yang suka membantu mereka dalam kesusahan dan suka bersedekah menyebabkan ramai orang kagum dengannya.
Suka bantu golongan tak mampu
Aktivis masyarakat ini dikenali dengan usahanya membantu golongan tak berkemampuan.
Antaranya termasuk menyediakan bantuan perkhidmatan ambulans dengan harga cuma 10 sen, teksi 10 sen, perkhidmatan van jenazah RM1, sewa rumah RM1 sehari dan banyak lagi.
Khusus untuk pesakit kanser
Kali ini, Pakcik Kentang mencari penduduk Sabah Sarawak yang menghidapi kanser.
Katanya nak sediakan bantuan khidmat pengangkutan untuk ke Institut Kanser Negara atau tempat tinggal sementara menjalani rawatan.
Dan semuanya percuma!
Institut Kanser Negara adalah sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser.
Antara jabatan dan rawatan yang disediakan di sini termasuk radioterapi dan onkologi, perubatan nuklear, perubatan paliatif serta rawatan sokongan.
Kira lengkaplah tempat untuk mendapatkan rawatan kanser di sini. Malah, institusi ni juga di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mulia hati awak, Uncle!
Wah, mulianya hati awak Uncle! Bertuahnya ada orang yang macam Uncle ni, dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka yang nak dapatkan rawatan ni.
Semoga Tuhan merahmati awak, Pakcik Kentang.
Jadi apa tunggu lagi netizen? Gunakan kuasa anda untuk sebarkan maklumat ni kepada semua ahli keluarga dan sahabat kat luar sana.
Mesti ada mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan Pakcik Kentang. Mudah-mudahan, kita dapat bantu meringankan beban mereka.
Baca: 4 Aktivis Aktif Tolong Rakyat Ini Wajar Terima Pujian dan Jadi Inspirasi Buat Kita Semua