in

“Pehh takut tengok!” – Netizen Terpegun Lihat Warung Jual Roti Canai Sebesar Dulang Di Melaka

Ds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya, kalau waktu pagi sudah tentu kita akan cari nasi lemak dan roti canai sebagai santapan permulaan kita untuk teruskan kehidupan seharian. Dah macam jadi satu kebiasaanlah orang kata!

Banyak gerai atau restoran yang menyediakan hidangan pagi dan ikut korang sahaja nak pilih mana satu sebagai tempat utama untuk korang menikmati breakfast yang terbaik!


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah warung boleh dikatakan menghidangkan sarapan yang sangat unik dan pertama kali dilihat sehingga meraih perhatian netizen untuk mencuba!

Warung jual roti canai sebesar dulang di Melaka!

Selalunya, saiz roti canai yang selalu di jual di gerai tepi jalan atau di restoran mamak tentulah hanya sebesar pinggan sahaja iaitu boleh dimakan untuk seorang sahaja, namun ia berbeza daripada yang ini!

Video yang berdurasi 15 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan sebuah warung kecil telah menjual roti canai yang bersaiz dulang di sebuah perkampungan terpencil iaitu di Cherana Putih, Alor Gajah di Melaka.

@fakhrulfoodhunter

Roti Besar Bas😅#fypシ゚viral #myfoodie #foodie #makananviral #makanviralmelaka #portmakanmelaka #makanbest #makanlokal #melakahawau #foodlover #food

♬ Эта любовь – Amirchik

Menerusi video tersebut, beberapa pengguna telah berkongsi harga sebuah dulang roti canai itu yang difahamkan bermula daripada RM7 untuk roti canai kosong, RM12 untuk roti canai telur dan RM20 untuk murtabak.

@viralniaga

Roti Canai Dulang, kg Cherana Putih N9 #roticanai

♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Selain daripada itu, warung itu bukan sahaja menjual roti canai viral itu malah menyediakan pelbagai juadah pagi seperti mee goreng dan nasi lemak. Menerusi video tersebut juga, warung tersebut tidak beroperasi pada setiap Selasa. So, korang kena plan ye!

Mari kenali pemilik warung!

Rupa-rupanya, warung tersebut sebenarnya telah mendapat liputan media dan pernah menjadi bualan ramai orang di seluruh negeri Melaka. Cuma, kali ini berbeza sedikit sebab satu Malaysia macam tertarik untuk mencuba roti canai saiz gergasi tersebut.

296726925 882605366046055 9143248393787137097 N

Menurut Harian Metro, Razali Abdul Rahman, 53, yang memiliki kemahiran menghasilkan roti canai yang lembut dan garing mula menguli tepung, menebar dan menghasilkan roti canai sejak berusia 16 tahun lagi.

“Sejak kecil saya bekerja di kedai kopi dan menyimpan cita-cita membuka perniagaan sendiri sehingga dimurahkan rezeki dapat berbuat demikian pada 2009.”

“Saya menghasilkan roti canai dulang bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi memenuhi permintaan pelanggan terutama mereka yang datang dalam jumlah ramai.”

Menurutnya juga, roti canai bersaiz dulang kecil sesuai dimakan oleh dua atau tiga pelanggan, manakala roti canai bersaiz dulang besar mampu memenuhi selera empat atau lima pelanggan.

Netizen terpegun, ada yang teringin nak cuba!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sangat teruja dan terpegun melihat keunikan roti canai tersebut sehingga ada yang ingin mencuba walaupun sekiranya bercadang untuk melancong ke Melaka.

Ada juga beberapa netizen yang sudah mencuba hidangan tersebut dan berkongsi pengalaman mengenai rasa sebenar dan maklum balas terhadap warung yang sedang viral itu.

Screenshot 2022 09 13 At 4.15.45 Pm

Screenshot 2022 09 13 At 4.15.55 Pm

Screenshot 2022 09 13 At 4.16.04 Pm

Wah min pula rasa macam nak cuba sendiri…Okay otw dari KL ni peep peep!!

Baca: Peniaga Kekal Harga Roti Canai 50 Sen Meski Harga Barang Naik, Niat Berniaga Sambil Sedekah

Screenshot 2022 09 13 At 4.19.40 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.