Baru-baru ini seorang lelaki dari India telah mencuri perhatian rakyat di sana dengan memakai topeng yang diperbuat daripada emas tulen.
Menerusi Indianexpress, Shankar Kurhada merupakan seorang ahli perniagaan yang gemar pada barang kemas hinggakan dia sanggup mengeluarkan wang untuk topeng yang mencecah harga RM171,500 ini!
Pun begitu, menurut lelaki yang berumur 49 tahun ini, dia sendiri tidak pasti yang topeng ini boleh melindunginya dari COVID-19 atau pun tidak.
Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain”
Difahamkan topeng ini disaluti 60 gram emas dan ia mengambil masa lapan hari untuk di hasilkan.
Tambahnya lagi, bukan topeng emas sahaja yang dia pakai. Malah gelang emas seberat satu kilogram turut menjadi aksesori hariannya.
Kalau korang nak tahu, Shankar dapat idea nak buat topeng ni bila dia terbaca satu artikel tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat dari perak. Dari situlah dia terdetik untuk membuat custom made topeng dari emas.
Kerana topengnya lain dari yang lain, lelaki ini telah menarik perhatian orang ketika keluar rumah sampai ada yang nak ambil gambar dengannya. Shankar mendakwa, ramai yang meluahkan rasa kagum bila nampak dia pakai topeng ini untuk ke pasar.