in

“Pahang, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, dan 3/4 Negeri Sembilan” – Gambaran 6 Juta Hektar Belukar Australia, Ini Punca & Kesan

Aussie8

Bencana alam yang telah berlaku di negara Australia sudah semestinya memberi kesan kepada negara lain, tapi apa yang menyedihkan lagi hampir satu billion alam flora dan fauna mati akibat kebakaran paling dahsyat yang terjadi, sedangkan hutan Amazon pun tak seteruk itu.

Namun apa yang membimbangkan lagi, kebakaran seluas 6 juta hektar itu memberikan impak kepada penduduk disana bahkan negara-negara jiran yang berhampiran.

Kalau nak tahu macam mana gambaran 6 juta hektar serta punca dan kesannya, pemuda yang dikenali sebagai Shahmil ada kongsikan kepada korang sebagai panduan. Sama-samalah kita doakan Australia bangkit.

 

Bermula sejak dari September 2019, dan sehingga ke hari ini, ia masih lagi sedang memusnahkan Australia.

Australia ini adalah sebuah negara yang sangat besar saiznya. Kebakaran ini telah memusnahkan 6,000,000 (juta) hektar hutan dan belukar.

6 juta hektar ini sangat luas, ini beberapa bandingan kebakaran besar pada tahun 2018-2019.

Kebakaran Hutan Hujan Amazon 2019, telah memusnahkan lebih 900,000 (SEMBILAN RATUS RIBU HEKTAR) hutan. Manakala bagi kebakaran hutan California, 800,000 (LAPAN RATUS RIBU HEKTAR) hutan telah musnah dijilat api.

Kalau di Malaysia 6 juta hektar macam mana?

 

Sekiranya kebakaran hutan Australia seluas 6,000,000 (juta) hektar ini berlaku di Malaysia, kau sedang “menyaksikan” negeri Pahang, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, dan 3/4 dari Negeri Sembilan sedang terbakar!”

Aussie7

Puncanya adalah fenomena yang dikenali sebagai Indian Ocean Dipole (IOD). Fenomena ini menyebabkan suhu permukaan laut itu lebih tinggi (panas) di bahagian barat lautan, manakala ia rendah di bahagian timur lautan.

Hasilnya, di bahagian timur benua Afrika menyaksikan kadar hujan itu turun lebih dari purata, sehingga menyebabkan banjir. Di Asia Tenggara dan Australia pula, terhasilnya cuaca panas kering dan kemarau.

Ini kerana fenomena (IOD-positif) ini telah melemahkan tiupan angin seterusnya mengurangkan kadar lembapan yang dapat dibawa ke Asia Tenggara dan Australia.

 

Sukar untuk dihentikan oleh kerana ia seolah-olah mencipta “cuacanya” yang tersendiri.

Enkjvzfueaazzpa
Sumber : twitter
  1. Asap yang terhasil dari kebakaran menyejuk dan menghasilkan awan.
  2. Awan ini kemudian membentuk atau menghasilkan ribut petir. Panahan petir ini seterusnya menyebabkan kebakaran baru ke atas tumbuh-tumbuhan yang kering akibat daripada kemarau dan cuaca yang panas kering.

Marilah sama-sama kita berdoa Australia berjaya bangkit semula mengatasi kebakaran ini.

 

Baca : “Ya Allah… lepas satu, satu” – Selepas Bencana Kebakaran Hutan, Australia Diramal Bakal Dilanda Taufan Blake

Taufan 1