Mesti korang pernah dengar kisah mengenai seorang gadis Iran yang mempunyai obsesi untuk menyerupai Angelina Jolie, hingga dia dikatakan telah melakukan pembedahan plastik bagi mendapat wajah idolanya itu.
Tapi ternyata, Fatemah Khishvand, 19, berjaya mengaburi ramai pihak dengan hasil photoshop dan make up yang dilakukannya sehingga menyebabkan ramai terpedaya.
Min pun ingat real tau!
Namun, siapa sangka gurauannya itu akhirnya menjerat dirinya sendiri.
10 tahun penjara!
Influencer itu yang lebih dikenali sebagi Sahar Tabar dikenakan penjara 10 tahun di Iran kerana tindakannya itu dikatakan salah di sisi undang-undang negara tersebut.
Perkongsian itu yang dimuat naik oleh seorang wartawan dan aktivitis Iran, Masih Alinejad mengatakan gadis itu ditahan selepas dia memuat naik fotonya menyerupai pelakon Angelina Jolie, tapi dalam versi zombie.
10 years jail for Iranian Instagramer who used make up & Photoshop to become a zombie Angelina Jolie.
Sahar Tabar is only 19. Her joke landed her in jail. Her mother cries every day to get her innocent daughter freed. Dear Angelina Jolie! we need your voice here. Help us. pic.twitter.com/0QTzSv2c5v— Masih Alinejad 🏳️ (@AlinejadMasih) December 11, 2020
Gadis itu juga dikatakan merosakkan pemikiran remaja serta ‘gurauannya’ itu dianggap sebagai satu penghinaan buat republik Islam, lapor DailyNews.
Walaubagaimanapun penahanan Sahar Tabar ini bukanlah yang pertama buatnya.
Sebelum ini dia pernah didakwa atas tuduhan menghasut serta memperolehi pendapatan daripada sumber yang tidak bersesuaian, namun nasib baik baginya kerana dakwaan itu akhirnya digugurkan.
Angelina Jolie, tolong kami!
Penahanan gadis berusia 19 tahun itu menyebabkan wartawan Masih Alinejad berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Angelina Jolie sendiri bagi membebaskan gadis ini.
Menurutnya, sebab yang diberikan kepada penahanan gadis ini adalah tidak masuk akal.
Kata Alinejad juga, usaha membebaskan gadis ini turut dilakukan oleh ibu Tabar namun suara kecilnya tidak mendatangkan sebarang hasil menyebabkan dia mengambil langkah untuk menularkan kisah itu.
I call on Angelina Jolie to help an Iranian 19-year-old girl who received 10 years prison sentence for using makeup & Photoshop to turn herself into Angelina.
Islamic Republic has a history of tormenting women. We need to be united against this gender apartheid pic.twitter.com/Z5Y8yMsY76— Masih Alinejad 🏳️ (@AlinejadMasih) December 11, 2020
Lebih parah lagi, menurut laporan media tempatan, gadis itu mempunyai rekod gangguan mental hingga memerlukannya untuk mendapatkan rawatan psikitri.
Sehingga kini perkongsian yang dibuat oleh Alinejad mendapat sebanyak 1 ribu ulang ciap dia akaun Twitter miliknya.