in

“Org last pegang tangan dorang” – [VIDEO] Sebak! Nurse Gagal Tahan Air Mata, Kongsi Momen Terakhir Dengan Pesakit Covid-19

Fi Kisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari kita menantikan khabar gembira namun tanpa disangka yang perit itu menjelma. Inilah kata-kata yang boleh kita gunakan apabila menunggu berita terbaru tentang Covid-19.


Namun, semakin lama semakin ramai yang disahkan dijangkiti Covid-19 dan hingga ke hari ini melonjak kepada lebih daripada 4 ribu kes dalam sehari.

 

Sebak jadi orang terakhir pegang tangan pesakit

Bagi memberi kesedaran kepada orang ramai akan bahayanya ‘pembunuh senyap’ ini, rancangan Majalah3 baru-baru ini ada menayangkan satu segmen khas bertajuk ‘Kita Belum Menang’ sehingga menjadi perbualan hangat ramai orang.

Ditayangkan melalui saluran TV3, episod tersebut menceritakan tentang pengalaman seorang jururawat Jennifer Asha Clement, yang bertugas di sebuah ICU dipenuhi oleh pesakit Covid-19.

Dia dilihat gagal menahan air mata selepas menceritakan kisahnya yang merupakan antara insan terakhir memegang tangan pesakit kritikal sebelum mereka meninggal dunia.

Dalam pada itu, terdapat juga kisah seorang pakcik yang disahkan positif Covid-19 selepas dia hadir solat berjemaah di masjid Ramadan lalu. Beberapa potongan kisah sedih dalam episod ini telah dimuat naik melalui akaun Twitter NonaWallaweyh.

 

Dapat tengok ayah buat kali terakhir melalui video call

Dalam episod itu juga ditayangkan satu lagi kisah sayu, dimana sebuah keluarga hanya mampu bertemu dan bercakap bersama ayah mereka yang berada di ICU melalui video call saja.

Apa yang lebih menyedihkan, pesakit tersebut dikhabarkan meninggal dunia kira-kira 4 jam kemudian.

 

“Terima kasih semua barisan hadapan!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap para frontliner dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam menjaga keselamatan semua.

Reak Kisah 1 Edit

Reak Kisah 2 Edit

Reak Kisah 3 Edit

Korang cuba bayangkan, frontliner yang terlibat tu ahli keluarga korang sendiri dan korang tak boleh jumpa dalam masa beberapa bulan? Tolong kita fikir keselamatan orang lain juga.

Sumber : Twitter, Youtube

 

Baca : “Kalau angka menipu, baik kami duduk di rumah” – 700 Kes Menunggu Bed di Hospital, Frontliner Kongsi Situasi Covid di Klang

Foot Kisah

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.