in

Orang Tengah Huru Hara Dengan Covid-19 Tapi Saeful ‘Relax’ Buat Majlis Nikah Dua Sekaligus, Mas Kahwin RM1,208

Sepol Oi Sepol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menjalinkan cinta selama 3 bulan bersama dengan dua wanita yang berbeza, seorang lelaki berusia 28 tahun nekad untuk menjadikan mereka isterinya yang sah.


Menurut Harian Metro, Saepul Bahri yang berasal dari Lombok itu telah menikahi dua kekasihnya itu serentak dan perkahwinan mereka menjadi bualan netizen di media sosial. Pernikahannya bersama kedua-dua isteri Musitiawati, 23, dan Hairani, 23, telah berlangsung di Dusun Bakong, Dasan, Desa Lembar Kecamatan Lembar.

Sepol1

Mengejutkan, dua isterinya mempunyai tali persaudaraan. Pada mulanya Saepul bercinta dengan Musitiawati namun lama kelamaan dia menaruh hati terhadap Hairini yang merupakan sepupu teman wanitanya itu.

Meskipun bercinta selama 3 bulan namun dalam tempoh itu kedua-dua wanita tersebut langsung tidak pernah datang ke rumah Saepul. Mereka hanya berkenalan dan menjalinkan hubungan melalui perbualan di telefon semata-mata.

Malah, saya tidak pernah merancang untuk menikahi dua wanita, sekali gus tetapi suka kedua-duanya. Akhirnya, terjadi pernikahan itu.”

Sepol4

Sepol5

Menurut Saepul yang pernah bekerja selama sembilan tahun di Malaysia dan baru pulang ke Indonesia enam bulan lepas, kedua isterinya memang pendiam dan pemalu.

Kecantikan mereka buat saya terpikat. Saya tidak kisah mereka ada ikatan keluarga kerana suka kedua-duanya. Kebetulan mereka berjiran dan akrab satu sama lain.”

Katanya, jika sesiapa mahu tahu mengapa isterinya sanggup menerimanya meskipun terpaksa hidup bermadu, mereka harus bertanya sendiri kepada tuan empunya badan. Kedua ibu bapa Saepul merestui dia mempunyai dua wanita dan dinikahkan serentak.

Baca: “Tak ikut SOP” – Ibu & Adik Meninggal, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran

Nikah Covid

Sumber: JPNN
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.