in

“Orang macam ni yang korang dok puja?” – Kontrak Kang Ji Hwan Ditamatkan Lepas Mengaku ‘Kerjakan’ Dua Wanita

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas satu, satu selebriti Korea buat hal. Macam dah jadi trend pulak kat sana ya?


Baru-baru ni, agensi pelakon korea Kang Ji Hwan, Huayi Brothers Korea telah menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama pelakon tersebut selepas dia mengaku melakukan serangan seksual kepada dua staf wanita.

745

Hello, kami adalah Huayi Brothers Korea.

Kami telah menandatangani kontrak bersama Kang Ji Hwan pada Mei 2019 atas dasar kepercayaan, tapi disebabkan peristiwa yang tak dijangka dan memalukan, kepercayaan kami dah musnah.

Ekoran itu, kami gagal untuk menyambung kontrak eksklusif ini dan membuat keputusan untuk menamatkan kontrak kami dengannya.

Kami akan terus memperbaiki kekurangan kami dan cuba sebaik mungkin agar perkara seperti ini tak akan berulang lagi di masa hadapan sama ada dari pihak pengurusan mahu pun artis kami.

Sekali lagi kami minta maaf.”

Menurut Soompi, sebelum ini, pada 9 Julai lalu, Kang Ji Hwan telah ditahan di rumahnya di Gwangju kerana disyaki merogol dua staf ketika mangsa tak sedarkan diri.

Difahamkan, peristiwa ini berlaku selepas dua mangsa ikut pelakon ini pulang ke rumah untuk minum selepas makan malam bersama agensi.

Dalam laporan polis, salah seorang mangsa berkata, ketika dia sedar dia mendapati pelakon ini sedang cuba untuk merogol wanita yang baring disebelahnya.

Wanita ini juga memberitahu yang pakaiannya sangat kusut dan mempercayai dia juga merupakan mangsa serangan seksual itu.

Pada 15 Julai lalu, Kang Ji Hwan telah mengaku bersalah dan meminta maaf manakala TV Chosun telah membuat pengumuman yang Seo Ji Suk akan mengambil alih peranan Ji Hwan dalam drama “Joseon Survival”.

Dorang dah tahu yang dorang ni selebriti so kalau buat benda-benda macam ni confirmlah kantoi…

 

Baca: Park Yoochun Positif Dadah Tapi Netizen Tuduh Media Korea Saja Nak Tutup Skandal Seks?

Screenshot 2019 07 17 At 3.51.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.