in

Park Yoochun Positif Dadah Tapi Netizen Tuduh Media Korea Saja Nak Tutup Skandal Seks?

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan dah sejuk sikit skandal artis K-pop ni sejak skandal seks Seungri dan Jung Joon-young terbongkar, rupanya ada lagi…


Pelakon dan penyanyi Park Yoochun sebelum ini telah menafikan yang dia membekalkan dadah kepada bekas tunangnya Hwang Ha-na dan mengatakan yang dia tak pernah ambil dadah.

Menurut Star2, tuduhan Yoochun mengambil dadah bermula selepas viral satu video yang menunjukkan penyanyi ini mengambil satu paket bungkusan dipercayai dadah dan memasukkan duit ke dalam akaun pengedar dadah.

Images 1
Sumber: google

Kantoi…

Tapi segalanya terbongkar apabila polis mendapati sampel bulu kaki yang diambil pada 16 April lalu membuktikan Yoochun positif dadah jenis methamphetamine.

Kalau korang nak tahu, polis menggunakan bulu kaki untuk buat ujian kerana ia boleh mengesan kandungan dadah dari tempoh 90 hari sebelum berbanding ujian air kencing yang mempunyai tempoh masa lebih singkat.

Pihak polis kini sedang membuat waran untuk menahan Yoochun bagi mengelakkan dia membuang segala bukti berkaitan kes ini.

Malangnya, pihak agensi Yoochun juga mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka kerana tak mahu terlibat dalam skandal ini.

Netizen tak puas hati

20160622 Park Yoochun

Berita Park Yoochun ini telah menimbulkan kemarahan peminat-peminatnya. Menurut allkpop, peminat di Jepun mengatakan yang mereka tak percaya dengan tuduhan pihak polis ini.

“Pihak polis saja je nak besar-besarkan isu penggunaan dadah dia sebab nak tutup cerita pasal video seks Burning Sun kan?”

“Polis sanggup geledah rumah Park Yoochun untuk siasatan tapi bila bukti Seungri banyak atas kertas tak nak pulak dorang siasat?”

“Kenapa nak besarkan kes ni? Apa kata media dedahkan list VVIP Burning Sun dan Seungri? Korang ingat kitaorang akan lupa pasal kes tu ke? Tolong siasat mereka semua!!!”

“Kitaorang tak nak tengok berita pasal dadah ni? Tolong siasat pasal Burning Sun, jenayah seks dan Seungri. Tolong jangan jadi buta.”

Ish macam-macamlah. Tapi cakap peminat tu betul jugak. Kes Seungri macam tak ada progress je?

 

Baca: Pendedahan ‘Secret Sex Cam’ Jung Joon-young & Kaitan Junhyung Hingga Menyebabkan Dia Bersara Dari Highlight

Screenshot 2019 04 24 At 6.17.03 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.