in

“Orang buat naya ni” – Ringgo Fotograf Kongsi Pengalaman Buruk Jadi Tahanan Di Venezuela

Ft Ringgo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengalaman sebagai tahanan adalah sesuatu yang mengerikan apa lagi apabila ditahan di luar dari tanah air sendiri.


Namun keperitan tersebut terpaksa dirasai oleh drummer kumpulan Fotograf, Ringgo atau Sham Ahmad, 55 apabila dia ditahan di Venezuela pada 2007.

*Ringgo akhirnya buka mulut

“Pada awalnya, saya dan kumpulan yang menghimpunkan beberapa orang anak seni berada di Sepanyol selama seminggu untuk melawat tempat bersejarah dan muzium di sana. Selepas itu barulah kami bertolak ke Venezuela untuk meneruskan misi lawatan seterusnya di Amerika Selatan. Perjalanan kami dibiayai sepenuhnya syarikat yang menaja program tersebut,”

Pada mulanya Ringgo dan beberapa teman dari industri hiburan dikatakan ditaja percutian ke luar negara selama seminggu bagi melawat tempat-tempat menarik di sana.

Rancangan perjalanan mereka meliputi Venezuela, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Semuanya berjalan dengan lancar dan mereka perlu ke Sepanyol semula sebelum pulang ke tanah air.

Capture 2 3 2

Dianiaya Kawan Sendiri

Percutian yang hampir berakhir itu berubah menjadi hitam buatnya dalam sekelip mata.

Ianya bermula apabila Ringgo berkenalan dengan seorang teman dan diminta untuk  membawakan beg milik kawannya ke Sepanyol.

Kawan minta tolong mestilah okay je kan.

“Ketika mendaftar masuk di lapangan terbang Venezuela untuk menuju ke Sepanyol, saya ditahan anggota keselamatan di sana. Mereka ini unit khas narkotik Venezuela. Beg saya diperiksa, lalu terjumpalah kokain seberat hampir satu kilogram yang disorokkan di bahagian bawah pelapik beg

Ringgo dikatakann terkejut dengan penemuan tersebut kerana tujuan asalnya adalah untuk melancong semata-mata.

Oleh kerana kes dadah di negara itu dianggap serius, maka setiap pesalah dikenakan hukuman yang sama katanya lagi.

Capture 1 2 4

Meskipun telah ditawarkan bantuan oleh peguam dari negara itu, Ringgo bertegas bahawa dia tidak bersalah. Ye la kan, tak kan tiba-tiba nak kena dakwa, bukan dia yang bawa pun dadah tu

Bagaimanapun, dengan bantuan Kedutaan Malaysia disana, urusan kebajikan dan keluarganya  dapat diuruskan.

Akhirnya, drummer bagi kumpulan yang poular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu ditahan di lokap yang dikongsikan bersama 20 lagi banduan, dan terpaksa jalani hari-harinya di penjara El-Rodeo II, selama tiga tahun manakala dikenakan parol selama lima tahun.

 

Kesengsaraan Hidup Di Penjara

Dilayan sebagai tahanan, Ringgo berkongsi pengalaman peritnya apabila terpaksa berpuasa kerana tidak dapat menjamah hidangan yang disediakan.

Bagi mengalas perutnya, Ringgo bergantung kepada stock sardin yang diberikan oleh pihak kedutaan selain turut menjamah daging kuda.

Waktu sarapan pula dia dihidangkan dengan roti dan telur selain terpaksa berpuasa apabila dia dihidangkan dengan daging babi, lapor Utusan

“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan, tapi bila habis saya terpaksa ambil langkah darurat. Daging kuda pun saya makan, namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya roti dan telur.”

Sewaktu dalam tahan parol, Ringgo banyak menghabiskan masa dengan bekerja di sekitar bandar itu.

Capture 3 1 1

Namun, kesedihannya sekali lagi melanda apabila dia dikhabarkan dengan kematian bapanya, satu tahun sebelum parolnya tamat.

“Saya memang ralat sangat, apatah lagi bila terkenangkan tempoh bebas saya hanya setahun sahaja lagi. Namun saya kuatkan semangat dan percaya pada takdir qada dan qadar. Walaupun sedih namun saya tetap reda atas pemergiannya,”

Min harapkan Ringgo dan keluarga kini semakin kuat dengan ujian yang diberi, dan untuk sesiapa yang suka travel, diharapkan dapatlah ambil langkah berjaga-jaga.

Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian

 

Baca : Tak aman kalau dah terlibat dengan dadah ni Gara-gara Tak Beri Wang, Nenek Maut Ditikam Cucu Sendiri

Capture 6 16

Sumber: Utusan
Sumber: Harian Metro
Sumber: Sinarplus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.