in

“Tak aman kalau dah terlibat dengan dadah ni” – Gara-gara Tak Beri Wang, Nenek Maut Ditikam Cucu Sendiri

Ft Dadah 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pembunuhan di tangan ahli keluarga bukan perkara yang baru dalam masyakat.


Semalam seorang warga emas berusia 66 tahun disyaki ditamatkan riwayatnya oleh cucunya sendiri.

Harapkan pegar, pegar makan padi…

Wanita tersebut dijumpai oleh anak saudaranya yang datang untuk menziarahi mangsa di Kampung Rampangi, Kuching, Sarawak.

Namun terkejut apabila melihat wanita tersebut terbaring di atas kerusi di ruang tamu dalam keadaan mukanya yang berlumuran darah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, kejadian dilaporkan pada kira-kira jam 6.40 pagi semalam.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS), disyaki akibat ditikam beberapa kali di bahagian muka dengan menggunakan senjata tajam oleh cucu lelaki,” – Superintendan Merbin Lisa

Tak boleh nak bayangkan deritanya kena tikam di muka…

Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, mangsa serta cucu lelakinya dikatakan bertengkar pada malam sebelum kejadian dipercayai kerana mangsa enggan memberikan wang kepada cucunya, lapor Berita Harian

Lelaki yang berusia 27 tahun itu kemudiannya berjaya ditemui oleh orang awam di sebuah rumah kosong selepas melarikan diri.

Sejurus selepas itu, cucu mangsa diserahkan kepada pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 7.40 pagi semalam dan suspek ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.

Capture 2 6

Dibawah Pengaruh Dadah

Menurut pihak polis, ketika ditahan suspek berada dalam keadaan khayal dan hasil ujian air kencing yang diperolehi mengesahkan suspek positif dadah methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditahan sebanyak dua kali pada 2019 atas kesalahan jenayah berkaitan dadah,” katanya

Rupa-rupanya suspek pernah ada kes dengan dadah juga…

Pemeriksaan juga berjaya menemukan sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Manakala bagi wanita warga emas tersebut,  mayat mangsa telah dibawa ke HUS untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Baca : Sembunyi dalam pelampung – Ini Taktik Baru Seludup Dadah di Tanjung Piai!

Capture 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.