in

“Oppa! Oppa!” – [VIDEO] Power Betul Bhaiya Ni Nasihat Pasal K-Pop

Fi Bhaiya Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang warga asing dari Bangladesh, salah satu perkara yang korang akan terfikir pasal diorang ialah selalu jadi orang terawal ke masjid untuk solat Jumaat. Betul tak?

Warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia ini sebenarnya sangat baik dan bersungguh-sungguh melakukan kerja mereka. Tambahan pula, kebanyakan mereka apabila di ajak berbual, mesti sporting je layan dan sangat soft-spoken. Sifat mereka yang mesra dengan semua orang itu buatkan kita sebagai rakyat Malaysia menerima kehadiran mereka dengan hati yang terbuka.


Cuba bayangkan kalau diorang tak ada nak tolong bersihkan tandas dekat kawasan pusat beli belah? Confirm kita rasa tak selesa nak pergi tandas kotor.

Walaupun boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka hanyalah mempunyai pekerjaan yang tidak memberi gaji yang lumayan, tetapi jangan terkejut kalau korang terjumpa dengan ‘Bhaiya educated’!

Seperti perkongsian di laman TikTok oleh seorang gadis ini, dilihat seorang warga Bangladesh yang dikatakan kawannya itu rancak memberi nasihat kepadanya.

@kaiput

Kena ceramah dengan parents ❌ Kena ceramah dengan member bangla✅

♬ original sound – WIZ*L – kaiput

Video berdurasi seminit itu sarat dengan nasihat yang sangat berguna bukan sahaja untuk rakannya si pemilik akaun TikTok tersebut, namun kepada semua penonton yang melihat video tersebut.

Isi nasihat yang diberikan secara umumnya adalah untuk tidak terlalu obses dengan hiburan seperti K-Pop sebaliknya sentiasa mengingati Allah. Walaupun isu yang dibangkitkan olehnya berkaitan dengan K-Pop, namun kebanyakan kpopers juga memberikan komen yang positif, bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Bhaiya itu.

Komen Bhaiya Full

Biasalah, nasihat itu boleh diberikan oleh sesiapa kepada sesiapa sahaja. Terpulang pada kita untuk terima ataupun tak.

Baca: Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital, Petugas Sempat Ajar Syahadah Kepada Warga Bangladesh

Baca Bhaiya

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.