Sejak kebelakangan ini, isu mengenai lelaki ‘sejenis’ hangat diperkatakan, ia berikutan dengan serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap sebuah ‘spa songsang’ baru-baru ini. Lebih mengejutkan, ia membabitkan golongan seperti penjawat awam, individu sudah berkahwin dan bermacam-macam jenis latar belakang.
Disebabkan itu, ia membuatkan penyanyi nasyid dan pensyarah, Fitri Haris mengimbau detik hitam yang pernah dialaminya suatu ketika dahulu. Menurut Fitri menerusi Instagram miliknya, dia pernah digoda oleh dua lelaki yang memegang gelaran ‘ustaz’ dan seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’.
Artikel berkaitan : Kadar Murid Tahun 5 Boleh Membaca Di Malaysia Adalah 88 Peratus – Laporan Unicef
Artikel berkaitan : [VIDEO] Bacaan Al-Quran ‘Mat Kilau’ Persis Imam Masjidil Haram, Fakhrul UNIC Pun Puji!
Hantar gambar tak senonoh, mula mesej berbaur lucah
Jelas Fitri, apabila mendengar tentang berita mengenai serbuan baru-baru ini melibatkan lelaki berpangkat, berjawatan dan dari golongan professional ini, dia tidak terkejut kerana mempunyai pengalamannya yang tersendiri.
Katanya, semasa pengalamannya diganggu oleh seorang ustaz, Fitri menjelaskan yang dia ditanya sama ada dirinya seorang yang berfikiran terbuka atau tidak, sebelum menerima gambar tidak senonoh daripada individu itu.

“Saya waktu tu terkejut macam baru kena siram air sejuk. Dalam kepala saya hanya ada satu ayat: ‘Ustaz… soalan tu bukan dalam silibus agama.’
“Dari situ saya dah rasa lain macam rupanya bukan semua ustaz datang dengan fikrah lurus.”
Selain itu, Fitri turut kongsikan yang dia pernah diganggu oleh seorang lelaki yang berpangkat Datuk. Dia kerap menerima ‘mesej manja’ daripada individu tersebut sehinggakan menjerumus kepada mesej-mesej lucah.
“Setiap hari mesej manja… Lepas tu perlahan-lahan naik level jadi mesej pelik-pelik, lucah-lucah, emoji pun sampai saya sendiri tak pernah guna.”
View this post on Instagram
Rimas dan pelik dengan sikap individu itu, Fitri bertindak dengan menyekat nombor ‘Datuk’ tersebut. Dengan pengalaman hitam yang Fitri pernah lalui itu, dia anggap serbuan terhadap lebih 100 lelaki dalam bilik bertuala dan melakukan aktiviti di luar tabii itu membuatkan dirinya tidak merasa hairan.
“Islam haramkan, Nabi tak mengaku umat dan saya BENCI gila puak-puak macam ni. Benci sebab ia berlaku depan mata saya dalam bentuk gangguan peribadi. Benci sebab ia disokong oleh orang yang masyarakat anggap ‘mulia’. Benci sebab ia merosakkan nilai, maruah dan akhlak.”
Tegasnya, sejak daripada kejadian itu, jika ada orang bertanyakan mengenai jika pemikirannya terbuka atau tidak, Fitri akan memberikan respon secara terus tanpa berselindung.
Sumber : Instagram
