Sejak kebelakangan ini, nama Ameera Khan memang melonjak-lonjak di kalangan jenama-jenama international. Tengok je lah Instagram adik Neelofa ni, memang kebanyakannya dari kempen jenama mewah je.
Semalam, posting Ameera mempromosikan jenama mewah Burberry telah meraih perhatian netizen di Instagram.
Gambar yang dimuat naik oleh Ameera ini melihatkan dia mengenakan baju t-shirt lengan pendek beserta bandana dengan jenama yang sama menampakkan rambutnya di bahagian belakang.
https://www.instagram.com/p/CcQE0cEh6zD/
“Confuse lah on off hijab ni”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan cara pemakaian Ameera yang dilihat semakin terbuka sejak kebelakangan ini.
Ada yang mengatakan dorang keliru melihat fesyen adik Neelofa ini dan ada juga yang mendoakan agar Ameera mendapat hidayah untuk menutup aurat seperti kakaknya.
Melalui temubual sebelum ini, Ameera Khan pernah mengatakan bahawa dia menerima segala komen dan kritikan netizen dengan hati terbuka serta turut meminta agar orang ramai dapat mendoakan dirinya supaya menjadi lebih baik.
Sebelum ini, Ameera Khan pernah berhijab sepenuhnya ketika masih di bangku sekolah sebelum membukanya dan memakai hijab semula sehari sebelum majlis perkahwinan Neelofa dan Haris.
Betullah tu, kita doa je lah supaya dia dapat hidayah. Kita pun tak tahu pengakhiran kita macam mana nanti.