Selepas Billie Eilish melangsungkan konsert jelajahnya Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata kecewa dengan suasana sepanjang konsert itu berlaku, ramai yang mengeluh dengan kedudukan yang diberikan sangat jauh dan tidak setimpal dengan harga tiket.
Oklah better than Malaysia – Peminat dari Singapura
Setelah beberapa hari, dikatakan Billie Eilish akan sambung jelajahnya di Singapura. Namun begitu, dikatakan peminat-peminatnya di sana alami ‘pengalaman’ yang lebih kurang sama.
Dikatakan, mereka juga dapat kedudukan yang jauh malah susun atur tempat duduk penonton juga sama seperti Malaysia, cuma yang bezanya adalah, netizen dakwa di Singapura tiada khemah yang menghalang view.
https://twitter.com/_noorerina/status/1561297698245865472
Dalam pada itu, ramai juga yang turut bertanyakan samada ia adalah organizer yang sama ataupun tidak. Malah, ada yang berharap agar Justin Bieber yang bakal melangsungkan konsert di tempat yang sama di Malaysia nanti tidak jadi sebegini.
Walaubagaimanapun, rata-rata enjoy menikmati persembahan yang dihiburkan oleh penyanyi lagu Bad Guy ini malam tadi. Dalam masa yang sama, ada yang mengatakan bahawa sistem suara lebih bagus dan jelas jika dibandingkan dengan Malaysia.
I can always earn my money again. But I'm never going to be 33 with bad knees and back, going to Billie Eilish's concert screaming all her songs ever again. Singapore didn't disappoint tonight. ❤️#BillieEilishTourSingapore #HappierThanEverSG pic.twitter.com/UTCXiLvyV0
— MΛK BUDΛK (@Mvk_Budvk) August 21, 2022
Konsert Billie Eilish berlangsung di Stadium Nasional, Singapura semalam (Ahad, 21 Ogos), menurut The Straits Times, ia adalah konsert pertama dijalankan sejak Covid-19 melanda pada tahun 2020.
Baca : Ramai Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Tengok Konsert Billie Eilish Sebab…