in

“Nyawa kami dihujung tanduk”- Ini Kisah 3 Rakyat Korea Utara Yang Berjaya ‘Boloskan’ Diri Dari Negara Sendiri

Featured 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Utara sehingga kini dianggap sebagai sebuah negara yang menyimpan banyak rahsia.

Diperintah oleh Kim Jong Un, yang dianggap sebagai pemerintah diktator, rakyat Korea Utara nyata penat kerana perlu mengikut segala undang-undang negara yang dianggap sebagai ‘tidak masuk akal’.


Tertutup dari negara luar, rakyat di negara itu dahagakan kebebasan untuk melakukan apa juga yang diinginkan.

Mungkin disebabkan itu ramai yang dilaporkan cuba lari dari Korea Utara meski mereka tahu akibat dan ‘hukuman’ yang terpaksa dihadapi sekiranya kantoi.

Ini kisah 3 rakyat Korea Utara yang berjaya larikan diri dari negara sendiri :

 

Jeong Min-woo

Mengikut sumber, kebanyakan rakyat Korea Utara yang berjaya larikan diri ke negara jiran, adalah dengan menyeberangi sungai.

Namun berbeza dengan Jeong Min-woo dari Hyesan, yang terletak bersempadan dengan China.

Jeong Min Woo Pelarian Korea Utara Yang Berjaya Lari

Lebih menarik lagi, Min-woo yang merupakan askar Korea Utara itu melarikan diri dengan pakai seragam tentera, malah dia memberi helah kepada askar yang bertugas bahawa dia nak menyeberangi sempadan atas urusan kerja.

Dia berhasil! Kemudiannya dia larikan diri ke Thailand. Bagaimanapun dia masih simpan pakaian seragam askar Korea Utara beserta kad identitinya.

 

Kim Kang Yoo

Menurut statistik daripada 3,682 rakyat Korea Utara yang melarikan diri, hanya 6 yang berjaya lolos melalui kawasan demilitarized zone, dan Kim Kang Yoo merupakan salah seorang dari mereka.

Demilitarized zone atau DMZ merupakan kawasan sempada yang dikawal ketat malah di kawasan itu banyak diletakkan bom periuk api.

Untuk loloskan diri di DMZ ini bukan mudah sebab berkemungkinan untuk ditembak askar kedua-dua negara sempadan adalah sangat tinggi.

Gambar Peta Sempadan Korea Utara

Lain pula kisah Kim Kang Yoo, dia pada mulanya berjalan tenang seolah-olah sedang menjalankan tugas, namun bila askar yang menjaga perbatasan itu berkalih pandang, dia dengan selaju yang mungkin berlari sehingga tidak dapat dikesan oleh askar bertugas.

Kim Kang Yoo berlari ke kawasan lembah dan menelusuri hutan berjam-jam lamanya, bukan sahaja luka yang dialami malah dia juga hampir mati terjunam ke tebing yang curam.

 

Gang Nara

Bagi gadis ini ia bukan keputusan yang mudah untuk keluar dari Korea Utara. Dia terpaksa melupakan segala-galanya termasuk keluarga tercinta.

Gang Nara menggunakan khidmat broker untuk larikan diri dari negara itu dengan bayaran $8500 (pada ketika itu, kini harga mencecah lebih $25,000).

Disebabkan kawasan sempadan dikawal ketat, dia dan broker tersebut terpaksa menyeberangi sungai. Malangnya pergerakan mereka itu dikesan askar sempadan ditembak ketika menyeberangi sungai tersebut.

Namun nasib menyebelahi Gang Nara kerana tidada peluru menembusi tubuhnya.

 

Sumber : iluminasi

Baca : Haram Pakai Seluar Jeans, Ini 7 Peraturan Pelik Yang Diamalkan Di Korea Utara

Baca 12

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.