in

Nur Sajat Hilang? Dipercayai Sembunyi, Larikan Diri Dari JAIS

Sajat Lari

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat kini dipercayai melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelak dikesan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut sumber, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah susulan kegagalannya menghadirkan diri bagi sebutan semula kes berhubung menghina islam, lapor Berita Harian.

Sumber lain memaklumkan, penguatkuasa kini berusaha menjejaki Sajat malah mereka tidak menolak kemungkinan usahawan itu masih berada di kawasan Lembah Klang.

Polis Selangor juga dilaporkan sedia bekerjasama membantu JAIS mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri baru-baru ini.

Polis sentiasa bersedia untuk membantu (JAIS mengesan Nur Sajat),”-Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed

Pada 23 Februari lalu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

 

Kemana agaknya Nur Sajat?

Baca : Bukan kita bunuh orang; Tak Hadir Sebutan Kes Di Mahkamah, Ini Respon Sajat

Saj