in

Nth Room: Kes Jenayah Eksploitasi Seksual ‘Online’ Paling Teruk Pernah Berlaku Di Korea Selatan

Collage 43

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Baru-baru ini, satu insiden yang telah dilabel sebagai “Nth Room baru” telah viral di Korea Selatan. Menurut pelbagai sumber termasuk mangsa-mangsa yang terlibat, beberapa bilik sembang di aplikasi Telegram yang mempunyai seramai 212,000 peserta telah didedahkan.

Lebih teruk lagi, untuk menjadi peserta di dalam bilik sembang ini, seseorang itu perlu menghantar beberapa gambar mana-mana perempuan atau wanita yang berhampiran dengan mereka seperti rakan sekelas, adik beradik atau kawan serta memberikan maklumat peribadi mereka.

Artikel berkaitan: 5 Jenayah Yang Pernah Gemparkan Korea Selatan & Filem Yang Dibuat Berdasarkan Kisahnya

Artikel berkaitan: Skandal Beg Mewah Sampai Libatkan Kematian? Ini 5 Kontroversi Isteri Presiden Korea Selatan Yang Ramai Tak Tahu!

Beberapa bilik sembang ini juga turut melibatkan perkara yang memalukan seperti membuat tindakan tak senonoh seperti menyentuh adik atau emak sendiri. Salah satu akaun di X telah mendedahkan perkara ini di mana tangkap layar yang dikongsikan menunjukkan salah seorang pelaku telah memuat naik video diri mereka sendiri mengangkat skirt dan menyentuh adiknya yang sedang tidur. Akaun yang mendedahkan aktiviti ini telah pun digantung selepas dikatakan telah dilaporkan oleh pelaku-pelaku terlibat.

Kalau korang nak tahu, pendedahan ini dipanggil sebagai “Nth Room baru” adalah ekoran sebelum ini terdapat satu kes yang dipanggil sebagai Nth Room yang merupakan jenayah eksploitasi seksual paling teruk pernah berlaku di Korea Selatan. Ini apa yang korang perlu tahu tentang kes Nth Room.

Macam mana kes Nth Room terdedah?

Aaaaqujnyjgf Jfuwaovcl0T7Iziaarxclcvwhiokp2Wcvofy4Njez T2Qlnlpdbfw7Dr0Fdmnrzq7Myxr4Rbzgm4Ht24Uo9U D9Rj3Vske4Mcy0Aowqlpmmonzbpir Eoqytsx8Ss2Jir5Aeyr4U62Cdypq

Wartawan, Kim Wan dari penerbitan Korea, Hankyoreh telah ditugaskan untuk follow up satu tip tentang pornografi kanak-kanak yang sedang disebarkan di aplikasi Telegram. Memandangkan jenayah seks digital melibatkan video spy-cam wanita yang diambil tanpa izin atau pornografi haram yang menunjukkan keganasan penderaan seks sedang berkembang di Korea Selatan, Kim percaya bahawa tugas yang diberikan ini hanyalah kes yang mudah untuk diselesaikan.

Namun begitu, hasil siasatan telah membawa Kim kepada kisah yang lebih besar dari apa yang dibayangkan sehingga syarikat penerbitan ini telah melancarkan satu kumpulan penyiasat untuk menyiasat beberapa bilik sembang pada November 2019.

Kes Nth Room ini melibatkan beberapa jenayah yang dijalankan melalui aplikasi Telegram. Pelaku-pelaku akan membuka dan menguruskan beberapa bilik sembang di mana mereka telah mengugut mangsa terutamanya wanita muda untuk kongsi kandungan eksplisit. Kes ini mula terdedah pada penghujung 2019 namun hanya sehingga awal 2020 keseluruhan kes jenayah ini diambil sebagai bukti.

Penemuan penyalahgunaan ini mendorong penyiasatan meluas dari pihak berkuasa Korea Selatan sekaligus mendedahkan rangkaian manipulasi dan eksploitasi yang canggih.

Apa yang dilakukan di dalam Nth Room?

Optimize

Kes Nth Room in merangkumi rangkaian aktiviti jenayah berat. Mangsa biasanya telah dipikat untuk ke bilik sembang dengan menggunakan janji-janji kosong seperti peluang pekerjaan atau kewangan. Apabila mereka terjerat, mereka akan diugut dan dipaksa untuk menghasilkan gambar tak senonoh.

Pelaku turut menggunakan ugutan kekerasan atau penyebaran gambar dengan lebih meluas untuk terus mengawal mangsa-mangsa mereka supaya mereka terus takut dan patuh arahan.

Selain itu, kandungan terlarang yang dihasilkan turut diedarkan di pelbagai platform dalam talian, membentuk rangkaian penyalahgunaan yang meluas di pelbagai bilik sembang.

Pelaku utama yang terlibat & siasatan kes

8C358D10 3406 4095 B5E1 C14Acd013E52

Cho Ju-bin yang telah beroperasi menggunakan nama samaran “Baksa” merupakan suspek utama dalam kes Nth Room. Sebagai mastermind, dia telah menggunakan pelbagai taktik untuk mengelak dari dikesan serta mengawal bilik-bilik sembang dan kandungan di dalamnya.

Selain itu, beberapa orang lain turut bekerja dengannya dan memegang peranan penting dalam menguruskan pelbagai bilik sembang dan mengedarkan kandungan terlarang ini seperti Moon Hyung-wook.

Siasatan terhadap kes Nth Room ini sangat kompleks dan mencabar. Pihak berkuasa Korea telah menghadapi banyak kesulitan ekoran penggunaan aplikasi yang datanya telah disulitkan. Namun begitu, usaha yang berterusan akhirnya membuahkan hasil.

Selain itu, dengan bantuan siasatan wartawan dari Hankyoreh, Kukmin Ilbo, JTBC’s dan sebagainya, penjenayah seperti Cho dan Moon telah didedahkan termasuk rahsia Nth Room.

Apabila orang awam telah mengetahui mengenai kegiatan jenayah ini, ramai yang menggunakan media sosial untuk kongsikan rasa marah dan jijik terhadap kes ini. Mereka turut menggunakan tanda pagar bagi memperbesarkan lagi kes ini dan turut menandatangani petisyen supaya nama orang yang terlibat serta orang yang membayar untuk mendapatkan kandungan terlarang didedahkan.

Moon Hyung Wook 34 Ans De Prison 1.Jpg

Cho Ju-bin telah ditahan pada Mac 2020 atas pelbagai pertuduhan termasuk eksplotasi seksual, ugutan, penyebaran kandungan terlarang dan banyak lagi dan dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun.

Manakala, Moon Hyung-wook telah ditahan pada May 2020 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 34 tahun atas penglibatannya dalam jenayah seks dalam talian.

Prosiding undang-undang juga bukan hanya menyasarkan orang yang telah terlibat secara langsung tapi juga membuat tindakan tegas ke atas mana-mana rangkaian dalam talian yang melakukan eksploitasi yang sama.

Dokumentari Cyber Hell dan peranannya

Dokumentari Cyber Hell yang dikeluarkan pada tahun 2022 telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kes Nth Room. Ia turut meneroka butiran siasatan, pengalaman mangsa dan kesan jenayah ini secara meluas.

Filem dokumentari ini telah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesedaran tentang bahayanya eksploitasi dalam talian dan perubahan yang diperlukan untuk menangani isu ini.

Sumber: Koreaboo, Pop Sugar