in

“Niat nak bantu dh jadi pembaziran melampau”- Lelaki Ini Dedah Situasi Sebenar Gelandangan Terima Bantuan, Rupanya Main Longgok Je.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadan ini umat islamm digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan bersedekah, inshaallah setiap kebaikan yang dilakukan akan dilipat gandakan ganjarannya.


Sebab itu kita dapat lihat ramai yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam bulan puasa ni seperti anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan ramai lagi.

 

Di bulan Ramadhan bagus untuk kita bagi makan. Baju pun sana, longgokkan saja sebab itulah adab mulia

Namun apa yang dikongsikan Syed Azmi di facebook semalam mengejutkan ramai selepas dia memuatnaik foto makanan dan pakaian yang berlebihan dan hanya dilonggokkan buat golongan gelandangan..melampaunya

Sumber : Facebook

Agak mengejutkan melihat foto-foto pembaziran makanan dan pakaian yang dimuatnaik Syed Azmi.

Memang golongan gelandangan memerlukan bantuan daripada mereka yang berkeupayaan tak kisah lah bantuan makanan, pakaian, perubatan, tempat tinggal dan lain-lain tapi nak bagi pun kena lah ada caranya, kalau tak jadilah macam kat bawah ni…sayang je elok-elok nak sedekah terus membazir

Makanan kepada golongan gelandangan yang berlebihan dan hanya dilonggok di atas jalan
Sumbangan pakaian yang bersepah-sepah di atas jalan dan diletakkan bersebelahan tong sampah
Gelandangan tertidur bersama sumbangan makanan dan pakaian

Rata-rata netizen sependapat dengan Syed Azmi dan melihat sumbangan kepada golongan gelandangan ini sebagai pembaziran.

Malah ada yang mengeluarkan cadangan supaya lebih baik sekiranya kenalpasti dahulu keperluan golongan tersebut supaya kejadian seperti ini tidak berlaku..betul jugak kan!

 

“Inilah akibatnya bila orang lain buat dia pun nak buat..”

“Saya rasa kat kawasan bandar ni kena ada satu badan khas yang pantau bantuan pada golongan gelandangan..”

 

Betul jugak elok-elok nak sedekah terus jadi pembaziran, kan lebih elok kalau kita salurkan sumbangan dengan cara yang lebih proper daripada longgok-longgok macam tu.

Baca : Allahu, pergi dalam bulan mulia Pengasas Kosmetik Terkenal Maut Dalam Nahas di Thailand

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.