Sejak belakangan ini, perceraian suami isteri seperti menjadi satu kebiasaan. Ada sahaja yang berkongsi momen atau kisah cerai mereka di media sosial.
Dapat dilihat, pendedahan secara terbuka mengenai perceraian mereka banyak dilakukan dalam kalangan selebriti dan pempengaruh sehingga ia menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Justeru, penyanyi rap, Caprice tampil bersuara dan mempersoalkan mengenai trend merakam video dan kemudian mengumumkan perceraian di media sosial seperti yang berlaku baru-baru ini.
Artikel berkaitan: “Ustaz tidak bersalah” – Nora Dakwa Suami Dipaksa Lafaz Cerai Tanpa Sebab
Artikel berkaitan: “Cerai secara berakhlak” – Mufti Kelantan Tegur Peniaga Kosmetik Cerai Dalam ‘Live’
Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice meluahkan rasa hairan dengan masyarakat masa kini yang tidak segan silu mendedahkan perceraian dengan disaksikan oleh orang ramai.
“Adakah satu trend baru nak cerai kena rakam dan kena post. Kena buat live bagitahu satu dunia. Cerai pun dah jadi macam content. Bak kata orang tua, ini semua b*doh piang,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan luahan penyanyi terbabit kerana ia perkara sensitif yang tidak perlu dihebohkan.
Ada juga yang membandingkan dengan zaman dahulu yang mana perkongsian mereka yang tidak berjodoh panjang dilihat sebagai aib.
Mungkin mereka yang menghebohkan perceraian ada sebab-sebab tersendiri yang kita tidak tahu…
Sumber: Instagram