Dalam kita sibuk bersembang pasal hal negara yang terumbang-ambing ni, ada juga la segelintir yang tak nak kisah dengan masalah negara. Eh, mana boleh tak kisah. Negara kita ni weh.
Kata-kata seorang instafamous dekat Twitter ni dah mengundang kecaman netizen sebab dia kata dia tak kisah pasal politik dan negara.
Katanya, kita semua akan mati sebab perubahan cuaca disebabkan kerajaan baharu tidak ambil apa-apa tindakan pun untuk halang atau kurangkan masalah ni.
Eh, ye ke kerajaan dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tak buat apa-apa?
Membidas kembali kenyataan instafamous tersebut, seorang pengguna Twitter memaklumkan kementerian berkaitan dah sediakan warning system untuk pencemaran udara so kata-kata instafamous tu macam tiada kaitan je.
Kenyataan instafamous ni dah menimbulkan banyak kecaman dari netizen sebab ramai yang marah.
Ada netizen yang kata takde climate change pun kita masih akan mati sebab kematian tu kan pasti. Betul juga tu.
Selain itu, netizen Twitter yang lain pula cakap golongan macam ni lah yang tak pergi mengundi untuk PRU15 kita yang seterusnya nanti. Korang yang lain jangan jadi macam ni pulak.
Ada juga yang kata perbuatan dia ni menunjukkan yang dia sebenarnya ignorant dengan isu semasa.
Jadi, kalau bukan kita yang ambil kisah dengan hal negara siapa lagi kan?
Baca: “Ini tidak dapat dihidu oleh rakyat biasa” – Kronologi Kisah Pembinaan Semula Negara