in

“Ni dah melebih” – Cikgu ‘Stapler’ Cuping Telinga Budak 10 Tahun Sebab Tak Siap Homework

Collage 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin tahu, masa dekat sekolah dulu kena pukul atau denda dengan cikgu tu bukanlah satu perkara yang luar biasa. Biasanya, benda macam ni pun kita tak mengadu dekat parents sebab tahu salah sendiri.

Tapi, menurut cerita yang dilaporkan oleh Sin Chew Daily ni, memang dah melampau sangat. Mana taknya, sebabkan tak siap homework matematik, cuping telinga seorang budak sekolah rendah berusia 10 tahun telah diketip dengan stapler. Weh, sakit tu!


Depositphotos 189852820 Stock Video A Medium Shot Of A
Sumber: deposit photos 

Seorang guru di Kota Kinabalu merasakan yang mengetip telinga pelajar dengan stapler adalah hukuman yang sesuai untuk pelajar darjah empat.

Difahamkan, ibu bapa pelajar ini telah pun membuat laporan polis sejurus selepas dorang dapat tahu tentang insiden tersebut.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyakitkan orang lain menggunakan senjata merbahaya atau alat seumpamanya.

Sumber: twitter

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengatakan yang dia sekarang sedang menunggu laporan siasatan dari Biro Pendidikan Negeri Sabah manakala Menteri Pendidikan Sabah, YB Datuk Dr Yusof berkata, dia masih menunggu laporan penuh tentang insiden tersebut.

Bagaimanapun, Datuk Yusof percaya yang penggunaan stapler dalam insiden ini sangat tak boleh diterima. Dia juga mengatakan yang hukuman seperti ini akan memberikan kesan ke atas perkembangan psikologi kanak-kanak.

Memang pun, kalau ya pun nak didik janganlah sampai mencederakan. Semua benda ni kan common sense?

 

Baca: Budak Tadika Berusia 5 Tahun di Ampang Dipukul Cikgu Kerana Salah Tulis Angka ‘5’

Screenshot 2019 09 30 At 3.03.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.