in

Wanita Terkejut Gambar Bogel Tersebar, Rupanya Anak Perempuan Berusia 2 Tahun ‘Tersend’ Gambar Masa Main Handphone

Emily0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telefon pintar sangat membantu ibu bapa dalam menjalankan rutin sehari-hari, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak. Bolehlah dibiarkan anaknya menonton video sementara ibu bapa sedang bersiap di pagi hari.


Tapi, pastikan tutup line ya kalau tak jadi lah macam yang terjadi kepada puan ini.

Emily Schimitt membenarkan anaknya Carsyn, 2 tahun untuk bermain dengan telefon pintarnya sementara dia mengeringkan rambut.

Dalam keadaan berdiri, dia langsung tak sedar yang anak perempuannya itu mengambil beberapa gambarnya dari belakang dalam keadaan bogel dan menghantar kepada beberapa kenalan di Snapchat termasuk rakan universiti, rakan kerja dan pelanggan.

Adoilah anak.

Emily, cepat menyedari sesuatu tak baik berlaku setelah mendapat mesej dari seorang rakan kerja wanita, “terima kasih untuk gambarnya“.

Seriau dibuatnya si ibu, teringat anak dia main hanphone tadi.

“Saya berasa sangat malu. Saya rasa seperti mati sekejap kemudian hidup kembali bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.”

Emily8

 

Carsyn hantar mesej kepada 15 individu termasuk lelaki yang pernah suka ibunya dulu

Menurut metro.uk, setelah menyedari hal berkenaan, Emily terus memeriksa dan mendapati anak kecilnya menghantar mesej kepada 15 individu termasuk ex-crush zaman universiti.

“Saya tak pasti jika ia (gambar bogel) dihantar ke semua orang. Cepat-cepat saya maklum kepada mereka.”

Ada yang dapat gambar siling, ada yang dapat gambar kaki budak dari bahagian tepi. Bukan semua orang dapat gambar tersebut tapi yang pasti salah satu agen dan pelanggan saya mendapatnya.”

“Nasib baik ia dihantar di Snapchat. Gambar tak boleh save dan tiada orang ambil atau screenshot. Gambar berkenaan hilang selamanya. Sedikit kelegaan selepas punggung saya dilihat oleh orang ramai di pagi hari.”

Emily4

“Bila saya call suami saya, Derek, dia tergelak besar dan mengatakan hanya Carsyn yang akan buat seperti ini. Dia juga berkata,

Kecewa sebab Carsyn tak hantar pada saya.” – suami

Adoilah suami pun, dah boleh agak perangai si anak ikut siapa…

 

Baca : Adibah Noor Terima Permintaan Gambar Bogel Dari Peminat, Ini Respons Beliau

Emily

Sumber: Kennedy News
Sumber: Kennedy News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.